awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Jenazah Shaliza Zaini Dewa akan dibawa ke Australia - Tiong Lai

Bernama
Bernama
12/10/2014
23:54 MYT
MH17: Jenazah Shaliza Zaini Dewa akan dibawa ke Australia - Tiong Lai
Shaliza, 45, adalah antara 44 orang orang rakyat Malaysia yang maut dalam nahas itu yang pesawatnya terhempas di timur Ukraine akibat ditembak.
Jenazah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu akan diterbangkan ke Australia pada Selasa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diminta oleh keluarga beliau.
"Mayatnya dijangka dibawa ke Australia pada 14 Okt," katanya yang juga presiden MCA kepada pemberita selepas tamat perhimpunan agung MCA ke-61, Ahad.
Shaliza, 45, adalah antara 44 orang orang rakyat Malaysia yang maut dalam nahas itu yang pesawatnya terhempas di timur Ukraine akibat ditembak.
Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Shaliza terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka Australians Piers, 15, Marnix, 12, dan Margaux van den Hende, 8.
Mereka pulang dari Amsterdam untuk menyambut Aidilfitri di Kajang, Selangor sebelum kembali ke Melbourne.
Liow berkata jenazah terakhir rakyat Malaysia iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum ditemui.
Beliau berkata pasukan siasatan antarabangsa masih menghadapi kesukaran untuk menghampiri kawasan kemalangan berdekatan Donetsk berikutan konflik yang masih berterusan antara kerajaan Ukraine dan pro-Rusia.
Katanya siasatan nahas turut terganggu dengan ketibaan musim sejuk.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#Malaysia Berkabung
#MAS
#MH17
#Shaliza Zaini Dewa
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan