awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Kakitangan MAS tetap gigih dan tabah hadapi ujian - Ahmad Jauhari

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2014
13:49 MYT
MH17: Kakitangan MAS tetap gigih dan tabah hadapi ujian - Ahmad Jauhari
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya (kanan) ketika membaca Yasin pada majlis tahlil dan bacaan Yasin MH17 di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra hari ini
Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) tetap gigih dan tabah menjalankan tugas biarpun banyak ujian yang harus ditempuhi, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Katanya, biarpun berdepan dua tragedi dalam tempoh yang singkat, namun semua kakitangan MAS tetap menjalankan tugas mereka demi kepuasan pelanggannya.
"Kakitangan MAS masih gigih menjalankan tugas mereka, ini (tragedi MH17 dan MH370) satu ujian yang harus kami hadapi dengan tabah," katanya selepas bacaan Yasin dan Tahlil serta solat hajat yang akan diadakan di Masjid Petra, di sini, hari ini.
Majlis anjuran MAS itu dibuat khas untuk memperingati pemergian anak kapal dan penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.
Ahmad Jauhari berkata, sejak kehilangan pesawat Boeing 777-200 MH370, MAS sentiasa mengadakan majlis tahlil dan soalt hajat diperingkat dalaman.
"Sebenarnya selepas peristiwa kehilangan MH370, kami sering mengadakan majlis tahlil dan solat hajat, tetapi ia cuma diperingkat dalaman, jabatan yang anjurkan," katanya.
Selain majlis bacaan Yasin dan Tahlil serta solat hajat yang diadakan hari ini, MAS juga akan menganjurkan satu majlis khas bacaan doa antara agama akan diadakan di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya pada 8.30 malam esok.
Majlis bacaan doa esok akan bermula dengan upacara untuk orang Islam pada 8.50 malam, diikuti penganut Kristian (9.05 malam), Sikh (9.20 malam), Buddha (9.35 malam), Tao (9.50 malam) dan Hindu (10.05 malam).
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan