Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menyelaras pengurusan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai, di negeri-negeri.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata ia bergantung kepada permintaan keluarga ke mana jenazah tersebut ingin dibawa.
"Sebagai contoh dua keluarga waris di Sarawak iaitu Bintulu dan Kuching ingin jenazah keluarga mereka dibawa pulang ke sana, kita akan laksanakan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Jika ada jenazah bukan Islam yang anggota keluarganya inginkan upacara persendirian dan hendak jenazah dihantar terus ke Taman Peringatan Nirvana, sampai di KLIA kita akan laksanakan permintaan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jenazah warganegara Malaysia Tragedi MH17 peringkat kementeriannya di sini Jumaat. Ia susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan semalam.
Mohd Shafie berkata upacara penghormatan di negeri juga akan diberikan sama seperti upacara di KLIA namun bergantung kepada permintaan keluarga.
"Apa yang penting adalah menghormati keperluan dan kehendak keluarga," katanya.
Antara negeri yang dijangka terlibat untuk menyambut ketibaan jenazah mangsa MH17 ialah Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor manakala kawasan Putrajaya dan Cyberjaya upacaranya akan dilakukan di KLIA, katanya.
Katanya dalam mesyuarat hari ini juga beliau telah mengarahkan pemimpin tempatan untuk bersedia menyambut ketibaan jenazah bersama anggota keluarga mangsa yang lain di peringkat negeri.
Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Fri Aug 08 2014
SHAFIE APDAL: Apa yang penting adalah menghormati keperluan dan kehendak keluarga
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
MH17: Kementerian Luar Bandar selaraskan urusan kepulangan jenazah di negeri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menyelaras pengurusan kepulangan jenazah mangsa nahas pesawat MH17.