Laluan selamat untuk pasukan keselamatan negara ke lokasi nahas Penerbangan MH17 di wilayah Donetsk, timur Ukraine, masih menjadi kebimbangan besar walaupun gencatan senjata telah diumumkan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemergiannya ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan negara di lokasi nahas bukan suatu tugas yang mudah.
"Alhamdulillah gencatan senjata telah diwujudkan tetapi yang menimbulkan kebimbangan ialah sama ada kita boleh sampai ke lokasi nahas, menjamin laluan selamat kepada anggota-anggota pasukan penyiasat kita.
"Sama ada kita boleh mendapatkan penyertaan negara lain seperti Belanda dan Australia untuk menyertai pasukan...itulah yang saya akan usahakan apabila saya ke Ukraine," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Segambut di sini hari ini.
Gencatan senjata antara pasukan kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro Rusia dicapai pada Jumaat lepas susulan perjanjian yang dimeterai di Minsk, Belarus.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat malang Boeing 777-200 itu dipercayai telah ditembak jatuh di wilayah berkenaan. Daripada jumlah itu, 43 orang ialah warga Malaysia.
Tujuh lagi rakyat Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 dibawa pulang Selasa lepas, menjadikan jumlahnya 31.
Mengenai kes bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, beliau berkata ketika ini Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak New Zealand.
"Kita bekerjasama rapat dengan New Zealand tetapi seperti apa yang telah saya nyatakan, apa yang kita mahu ialah menegakkan keadilan...keadilan kepada orang yang membuat dakwaan tetapi pada masa yang sama keadilan kepada yang tertuduh," katanya.
Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
Bernama
Sun Sep 07 2014
Hishammuddin berkata pemergiannya ke Kiev malam ini untuk memastikan keselamatan pasukan negara di lokasi nahas. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Rusia dakwa kuasai satu lagi penempatan di wilayah Donetsk, Ukraine
Kementerian Pertahanan Rusia pada Selasa mendakwa telah menguasai kampung Lysychne di wilayah Donetsk timur Ukraine.
Duta Ukraine pastikan saluran komunikasi terbuka semasa isu MH17 dan konflik dengan Rusia
Nechytaylo mengingati dengan jelas mengenai satu misi terawalnya di Malaysia iaitu memastikan keadilan diberikan kepada waris, keluarga dan saudara mara mangsa tragedi pesawat MH17.
Ketegangan memuncak: Putin kerah tentera Rusia ke timur Ukraine
Sekurang-kurangnya lima kereta kebal dilihat berhampiran Donetsk dan dua lagi di bahagian lain bandar tersebut.
Putin tandatangan dekri iktiraf Donetsk, Lugansk 'republik merdeka'
Putin turut menandatangani Perjanjian Persahabatan, Kerjasama dan Bantuan antara Rusia bersama kedua-dua ketua "republik".
Suspek tembak jatuh MH17 ditahan di timur Ukraine
Leonid Kharchenko ditahan atas kesalahan lain di timur Ukraine ketika perbicaraan MH17 bermula pada Mac lalu.
MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang.
Kumpulan pemisah Ukraine serah saki baki serpihan pesawat MH17
Menurut pejabat pendakwaraya, lebih 500 bahagian serpihan yang ditemui di kawasan Grabavo dan Rassypnoye telah diserahkan sejak beberapa minggu lalu.
MH17: Laluan selamat ke lokasi nahas masih jadi kebimbangan besar
Laluan selamat untuk pasukan keselamatan negara ke lokasi nahas Penerbangan MH17 di wilayah Donetsk, timur Ukraine, masih menjadi kebimbangan besar walaupun gencatan senjata telah diumumkan.
Seorang terbunuh, dua cedera dalam serangan mortar di Donetsk
Serangan dilakukan ke atas sebuah hospital yang terletak di kawasan kubu kuat puak pemberontak.
MH17: Kereta api bawa mayat mangsa bertolak ke Kharkiv
Presiden Ukraine memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasi.