China hari ini melahirkan penghargaannya kepada MCA di atas bantuan parti itu dalam menguruskan keluarga penumpang China yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas.
Duta China di Malaysia Dr Huang Hui Kang berkata sejak berlakunya insiden itu, Malaysia telah memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) selain melakukan pelbagai usaha untuk menjaga waris para penumpang dari China.
"Kami turut membantu dalam menguruskan anggota keluarga penumpang terutamanya dari negara kami dengan mengeluarkan visa ke Malaysia.
"Kami sangat menghargai uasha Malaysia terutamanya MCA yang menghantar sukarelawan untuk membantu anggota keluarga terutamanya dari segi sokongan moral," katanya semasa beruacpa pada upacara sembahyang beramai-ramai untuk pesawat MH370 itu di Wisma MCA hari ini.
Upacara sembahyang itu dianjurkan MCA dengan kerjasama 16 persatuan penganut Buddha di Malaysia termasuk Persatuan Penganut Buddha Belia Malaysia (YBAM), Majlis Penganut Buddha Theravada Malaysia (TBCM) dan Fo Guang Shan Malaysia (FGS).
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong dan para pemimpin lain parti serta hampir 300 penganut Buddha menghadiri upacara itu yang berlangsung kira-kira satu jam setengah.
Pada 30 Mac lepas, MCA menghantar 48 anggota Skuad Bantuan Krisis parti itu yang diketuai Naib Presiden Datin Paduka Chew Mei Fun untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada 29 waris warga China yang dibawa ke Malaysia.
Chew, yang dilantik Kabinet sebagai utusan khas bagi membantu anggota keluarga penumpang China, juga menyertai delegasi Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainudin untuk menemui para pegawai China di Beijing pada 31 Mac hingga 1 April lepas.
Mengenai upcara sembahyang itu, Huang berkata ia bukan sahaja untuk kesejahteraan para penumpang MH370 malah untuk keluarga dan pihak-pihak yang terlibat dalam operasi SAR.
Sambil menyifatkan operasi pencarian MH370 sebagai tugas yang sukar dan mencabar, Huang turut melahirkan penghargaan kepada Malaysia dan 25 negara lain yang meneruskan usaha mencari pesawat hilang itu.
"Menerusi penyertaan pelbagai negara dalam misi SAR, ini jelas membuktikan Malaysia mengekalkan hubungan rapat dengan banyak negara dan telah memberi bantuan kepada mana-mana negara yang berdepan kesukaran," kata beliau.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 153 rakyat China dan 12 anak kapal, hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisis Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan data satelit Inmarsat United Kingdom.
Bernama
Sun Apr 06 2014
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
MH370: China hargai usaha MCA bantu keluarga penumpang
Duta China di Malaysia Dr Huang Hui Kang berkata sejak berlakunya insiden itu, Malaysia telah memainkan peranan yang sangat penting dalam operasi SAR.