Tiga objek yang terapung di perairan Laut China Selatan yang ditemui satelit negara China mencuri tumpuan setelah misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 memasuki hari ke-6 pada Khamis.

Walaubagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa tiada objek ditemui. Kedutaan China di Malaysia juga berkata gambar berkenaan merupakan satu kesilapan dan tidak menunjukkan apa-apa serpihan seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak media.

Susulan itu, Hishamuddin menegaskan bahawa maklumat yang tidak disahkan hanya akan menjejaskan dan melambatkan operasi pencarian dan penyelamatan (SAR).

Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku hari ini: