Tarikh 8 Mac 2014, dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS #MH370. Sehingga ke hari ini, pesawat itu tidak ditemui dan kehilangannya masih menjadi tanda tanya. Sekali lagi pada Khamis 17 Julai 2014, bukan sahaja Malaysia malah dunia menerima kejutan besar apabila pesawat MAS #MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan 298 penumpang semasa dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370.

Dan hari ini dunia menangis lagi, serpihan dan jasad penumpang pesawat AirAsia Indonesia #QZ8501 ditemui selepas hilang sejak Ahad 28 Disember. Siapa sangka, 2014 menjadi tahun bencana bagi industri penerbangan dunia.

Melalui media sosial terutamanya platform twitter, pengguna meluahkan rasa takziah dan sedih dalam #MengenangQZ8501