Masih ada ruang untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam industri penerbangan dunia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara usaha yang dilakukan adalah melalui pemasangan alat penjejakan masa nyata (real-time tracking) di dalam semua pesawat komersial.

"Malaysia telah memberi cadangan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memasang alat penjejakan masa nyata ini di dalam semua pesawat komersial.

"Saya telah menyuruh mereka mempercepatkan proses ini. Ini kerana insiden ini boleh berlaku kepada mana-mana pesawat," katanya.

Liow Tiong Lai
Liow (kiri) berkata masih ada ruang untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam industri penerbangan dunia. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Beliau juga berkata tempoh ketahanan bateri kotak hitam perlu dipanjangkan terutama sekali dengan keupayaan teknologi terbaharu masa kini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata beliau sentiasa memastikan kebajikan waris mangsa MH370 terjaga.

NOTA: Saksikan temu bual penuh bersama Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada 8 Mac di saluran Astro AWANI ( (Saluran 501) mulai 7 pagi. Layari astroawani.com untuk laman tribut khas bagi memperingati setahun pesawat Malaysia Airlines MH370 mulai 12.01 pagi Ahad.