awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Perjumpaan dengan keluarga penumpang warga China lancar - Azharuddin

Bernama
Bernama
02/04/2014
08:25 MYT
MH370: Perjumpaan dengan keluarga penumpang warga China lancar - Azharuddin
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menyifatkan perjumpaannya dengan 29 anggota keluarga penumpang warga China pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 hari ini sebagai sesuatu yang baik.
Azharuddin berkata semasa perjumpaan tertutup tiga jam itu, beliau dan beberapa agensi berkaitan dapat menjawab persoalan yang dibangkitkan anggota keluarga terbabit.
"Ia berjalan dalam suasana yang baik dan kami menjawab semua soalan yang dibangkitkan dan anggota keluarga (nampaknya) berpuas hati setakat ini," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu yang berlangsung di Hotel Bangi-Putrajaya di sini hari ini.
Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perjumpaan itu, Azharuddin berkata beliau tidak dapat mendedahkan sebarang butiran tentang perjumpaan itu namun beliau akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perjumpaan itu petang ini.
Perjumpaan hari ini dihadiri wakil khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, duta besar China di Malaysia Huang Hui Kang, pasukan penyiasat termasuk wakil Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Topic Berkaitan
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#DCA
#Huang Hui Kang
#Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam
#MH370
#ong ka ting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan