awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Siasat teori konspirasi juga - Ahmad Samsuri

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
29/05/2018
22:13 MYT
MH370: Siasat teori konspirasi juga - Ahmad Samsuri
Kata Ahmad Samsuri, siasatan perlu merangkumi semua aspek, termasuk segala teori konspirasi yang ada. - REUTERS/Fail
Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lalu perlu diteruskan.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek juga wajar dilaksanakan bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu.
Menurutnya, pandangan dari pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harus diambil kira dalam menentukan apa sebenarnya yang berlaku pada pesawat malang itu.
"Daripada awal lagi, saya menekankan bahawa siasatan harus merangkumi seluruh aspek, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga faktor-faktor luaran yang mungkin ada seperti aspek keselamatan yang mungkin tidak berkaitan dengan pesawat.
"Sebahagiannya adalah pelbagai teori konspirasi yang ada. Semua teori konspirasi harus dilihat sama ada ianya ada asas atau tidak. Pertimbangan inilah yang harus dimasukkan dalam siasatan supaya kita menyiasat secara menyeluruh daripada 'A' sampai 'Z'," katanya.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, penerbangan MH370 mungkin diambil alih dari jauh dalam cubaan untuk menggagalkan rampasan pesawat Malaysia Airlines itu. Kenyataan itu menghidupkan kembali satu daripada teori konspirasi berhubung misteri berkenaan.
Ahmad Samsuri, yang juga seorang penganalisis kejuruteraan aeroangkasa, tidak menolak kemungkinan pesawat Boeing 777 berkenaan terdampar di dasar laut.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Mahathir Mohamad
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan