Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata republik itu bersedia menghulurkan sebarang bantuan bagi menyokong usaha Malaysia dan negara-negara lain untuk mencari dan mengesan Penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Lee berkata demikian dalam suratnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Republik Rakyat China Li Keqiang bagi menyampaikan keprihatinan Singapura berhubung pesawat itu.
Teks surat bertarikh semalam dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar hari ini.
Dalam suratnya kepada Najib, Lee berkata: "Saya begitu sedih dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang masih hilang. Bagi pihak rakyat dan kerajaan Singapura, saya melahirkan rasa penuh keprihatinan berhubung keselamatan penumpang dan anak kapal, dan juga solidariti kami dengan keluarga mereka.
"Selepas kami berbual melalui telefon pada 8 Mac, Singapura telah menggerakkan pesawat dan kapal untuk menyertai usaha mencari pesawat yang hilang itu.
"Kami bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mencari dan mengesan lokasi, dan berharap pesawat yang hilang itu akan dikesan tidak lama lagi. Seperti yang saya maklumkan kepada anda minggu lepas, kami bersedia memberikan sebarang sokongan yang boleh membantu dalam usaha ini.
Sementara itu, dalam suratnya kepada Perdana Menteri China, Lee berkata: " Sudah hampir seminggu sejak penerbangan MH370 hilang dengan lebih 150 warga China dalam pesawat.
Beliau berkata beberapa orang daripada mereka dilaporkan bekerja atau belajar di Singapura.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Singapura, saya melahirkan rasa keprihatinan kami yang begitu mendalam bagi penumpang dan keluarga mereka.
"Singapura sedang membantu Malaysia untuk mengesan pesawat yang hilang itu. Kami akan terus membantu usaha yang sedang dijalankan oleh Malaysia dan negara-negara lain termasuk China, untuk mencari pesawat itu secepat yang boleh.
"Ingatan kami sentiasa bersama para penumpang, anak kapal dan anggota keluarga dalam masa yang sukar ini," kata Lee.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Sat Mar 15 2014
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
MAS tetap di hati rakyat Malaysia
Masih ada di kalangan kita yang terbawa-bawa dengan emosi dan kepentingan politik lalu melontarkan kemarahan dan teori-teori yang dilihat tidak rasional.
MH370: Pencarian diteruskan meskipun cuaca dijangka buruk
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kawasan pencarian operasi pada hari ini menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth.
MH370: Koordinasi lemah didakwa punca tersilap kawasan pencarian lebih tiga hari - WSJ
Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.
MH370: Kurang tujuh hari sebelum isyarat kotak hitam lenyap
Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat.
MH370: Malaysia pamer contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa, kata Gusmao
Malaysia katanya patut dipuji kerana menerajui usaha mencari melibatkan pelbagai negara, yang mempamerkan contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu
Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.
MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott
Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu yang dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.
MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?
Namun, teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.
MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA
Objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang
Operasi diteruskan di kawasan pencarian kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, yang meliputi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi.