awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2014
00:05 MYT
MH370: Operasi pencarian diteruskan, tiga minggu selepas pesawat hilang
Operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 disambung hari ini, tiga minggu selepas kehilangan pesawat itu pada 8 Mac dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing..
Menurut laman web Pihak Berkuasa Keselamatan Maratim Australia (AMSA), operasi diteruskan di kawasan pencarian kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth, yang meliputi kawasan seluas 319,000 kilometer persegi.
Pasukan pencari juga akan tertumpu di beberapa kawasan yang telah dianalisa oleh pasukan penyiasat sebagai kawasan berpotensi terdapat objek berpotensi yang dikesan oleh satelit.
Pencarian hari ini juga membabitkan sepuluh pesawat.
Ia termasuk tiga milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) P3 Orion, sebuah milik tentera China Ilyushin IL-76, sebuah pesawat P3 Orion milik Korea, P8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat, dua pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebuah pesawat awam untuk tujuan komunikasi.
Pesawat Ilyushin IL-76, dijadualkan bertolak sekitar 9.05 pg waktu tempatan.
Kapal HMAS Success milik Australia, Haixun 01, Nan Hai Jiu dan Jinggang Shan milk China telahpun berada di lokasi pencarian sejak semalam.
Enam lagi kapal dijangka tiba dalam tempoh tiga hari lagi.
Meskipun cuaca diramal hujan dan awan rendah hari ini, operasi akan tetap diteruskan lapor laman web itu.
Topic Berkaitan
#amsa
#Boeing 777-200
#MH370
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan