Bernama
Tue Apr 01 2014
KUALA LUMPUR: Jikalau sesuatu kejadian itu ditakdirkan berlaku, maka ia akan tetap berlaku walaupun langkah berjaga-jaga diambil.
Begitu jugalah dengan tragedi penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Namun masih ada di kalangan kita yang terbawa-bawa dengan emosi dan kepentingan politik lalu melontarkan kemarahan dan teori-teori yang dilihat tidak rasional.
Bukankah pada masa ini, kita perlu lebih menonjolkan semangat nasionalisme dan mempertahankan negara yang berdepan dengan satu cabaran yang tidak pernah dialami negara-negara lain?
Malah ada juga yang memburuk-burukkan perkhidmatan syarikat penerbangan negara, MAS, yang sebenarnya merupakan antara satu syarikat penerbangan yang tersohor di dunia.
JANGAN HANYA MENUNDING JARI
Bagi seorang bekas pramugari V. Priscilla Jayakanes, 34, rakyat Malaysia tidak sepatutnya membuat andaian atau kesimpulan tersendiri mengenai perkhidmatan dan keselamatan yang sedia ada dengan hanya mengambil kira tragedi MH370.
"Sebenarnya, semua syarikat penerbangan mempunyai cara yang sama dalam mengendalikan latihan dan hanya akan mengambil atau merekrut kapten yang berpengalaman sahaja," katanya.
"Tidak wajar sekiranya kita hanya menuding jari terhadap syarikat penerbangan negara padahal punca sebenar masih belum diketahui.
"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, mungkin di rumah atau semasa dalam perjalanan bersama orang tersayang. Adakah kita akan tinggalkan rumah itu atau tidak mahu menaiki kereta dengan orang yang sama?.
"Sudah tentu kita akan meneruskan rutin harian seperti biasa dengan keyakinan, kepercayaan serta keberanian. Ini adalah lumrah kehidupan manusia... tetapi apabila bercakap tentang keyakinan terhadap syarikat penerbangan, kenapa kita perlu berfikir cara untuk mengembalikan keyakinan? Saya rasa rakyat perlu berfikiran matang dan rasional," katanya.
TETAP MENYOKONG PENERBANGAN KEBANGGAAN NEGARA
Priscilla, yang mempunyai pengalaman bertugas sebagai pramugari selama 11 tahun, berkata tragedi ini tidak sama sekali menggugat keyakinannya untuk menggunakan perkhidmatan MAS di masa akan datang dan akan tetap menyokong syarikat penerbangan negara.
Begitu juga dengan seorang pensyarah universiti Kenneth Lee Tze Wui, 29, yang berkata sokongan padu akan terus diberikan kepada syarikat penerbangan negara yang menjadi kebanggaan Malaysia.
Bagi penyelaras kerugian insurans, Vishnu Morgan, 31, yang kerap mengunakan perkhidmatan MAS sekurang-kurangnya tiga kali setahun, beliau akan tetap meneruskan penerbangan dengan syarikat itu yang merupakan satu daripada syarikat penerbangan terbaik di dunia.
Bagi Nor Saifullah Ramada Syahruddin, 28, biarpun insiden ini menjejaskan imej MAS namun rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan padu kepada produk negara.
"Tidak dinafikan insiden MH370 ini memberi impak besar kepada syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa itu namun kita sebagai rakyat Malaysia jalankan tanggungjawab kita untuk membantu meningkatkan reputasi MAS," katanya.
Sambil menyifatkan perkhidmatan MAS adalah antara yang terbaik, beliau berkata meskipun banyak spekulasi yang ditimbulkan oleh media asing namun perkara ini berlaku di luar jangkaan.
"Saya berharap pihak-pihak tertentu jangan mempolitikkan isu ini kerana ia melibatkan hati dan perasaan banyak pihak," katanya sambil menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga penumpang MH370.
ISU PELETAKAN JAWATAN CEO MAS
Bukan sekadar mempolitikkan insiden MH370 sahaja, malah baru-baru ini, ada pihak yang mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya supaya melepaskan jawatan berikutan kejadian luar biasa yang membingungkan banyak pihak dan pakar penerbangan.
Menyentuh hal berkenaan, Vishnu menyeru agar jangan begitu cepat menyalahkan pemimpin tetapi lebih melihat kepada sistem itu sendiri.
"Lagipun menyeru beliau (Ahmad Jauhari) supaya meletakkan jawatan di peringkat ini bukanlah idea yang bijak. Dan dengan CEO baru bermakna kita perlu mula semula tetapi ini bukan masanya," katanya.
Priscilla pula berpendapat sesiapapun tidak berhak untuk menggesa Ahmad Jauhari meletak jawatan kerana hanya beliau (Jauhari) yang mengetahui lebih baik mengenai usaha dan cabaran yang dilalui sepanjang tragedi ini.
Penerbangan MH370, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Misi pencarian pelbagai negara dikerahkan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, yang melencong daripada laluan asal penerbangannya. -- Oleh S.Kisho Kumari dan Nur Aimidiyana Zuher
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
"Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu" - Zizan pasang niat kahwin tahun ini
Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.
MH370: Pesawat Australia kesan dua objek, akan diperoleh dalam masa terdekat
Perkara itu diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menerima panggilan dari Perdana Menteri Australia, Tony Abbott di pejabatnya, pada petang Isnin.
MH370: P8 Poseidon gagal temui 'objek mencurigakan' yang dikesan pesawat China - AMSA
AMSA dalam satu kenyataan di laman Twitter, memaklumkan bahawa pesawat P8 Poseidon yang ditugaskan meyiasat objek itu tidak berjaya menemuinya semasa operasi tersebut.
Operasi AMSA gagal temui 'objek terapung' satelit China
AMSA akan teruskan usaha memastikan sama ada objek tersebut ada kaitan dengan MH370 atau tidak.