Pralhad Shirsath, suami kepada salah seorang penumpang warga India dalam penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, telah menulis sepucuk lagi surat terbuka hari ini dan kali ini ditujukan kepada kepada pemimpin-pemimpin dunia dan juga pemimpin dan pemilik media termasuk wartawan.
Surat terbuka yang diterbitkan di The Malaysian Insider menyatakan kekecewaannya serta berkongsi impiannya dan keluarga yang berkecai atas dakwaan ketidakcekapan kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia dalam mengendalikan kehilangan pesawat itu.
Pralhad menggesa agar satu siasatan menyeluruh, pantas , telus dan kredibel dikeluarkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Dia juga menggesa negara-negara lain agar memberi desakan serta tekanan kepada Malaysia agar maklumat yang boleh dipercayai dan sah dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.
"Saya menggesa anda untuk meminta pihak berkuasa Malaysia untuk siasatan cepat , telus dan boleh dipercayai. Saya mahukan kebenaran tentang di mana isteri saya berada, apa yang telah berlaku kepadanya serta nasib semua penumpang dan apa yang menyebabkan pesawat itu lenyap "
Dalam surat ini, dia juga menyatakan keraguannya terhadap laporan awal yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.
"Walaupun mengambil lapan minggu untuk menyediakan laporan awal , ia telah gagal untuk menjawab persoalan asas seperti bagaimana MH370 penerbangan telah hilang tanpa dikesan, , apakah motif di sebalik kehilangan ini, kenapa pihak berkuasa Malaysia gagal untuk mengesan pesawat itu dan mengapa melambatkan operasi mencari dan menyelamat? "
"Laporan itu telah menambah lebih banyak keraguan dalam fikiran saya dan dalam fikiran ramai ahli keluarga yang lain dan seluruh dunia, ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara serius yang disembunyikan pihak berkuasa," dakwanya lagi.
Surat terbuka pertamanya telah ditulis untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Surat telah diterbitkan pada 3 Mei di The Malaysian Insider. Seperti surat yang keduanya, Pralhad berkongsi kekecewaannya berhubung laporan awal kehilangan MH370 yang mengambil 55 hari untuk dikeluarkan, hanya untuk mewujudkan lebih banyak persoalan dan keraguan di dalam hati dan minda rakyat yang terbabit, terutama sekali keluarga penumpang penerbangan MH370.
Surat terbuka pertama beliau juga menuntut kebenaran dan jawapan dari kerajaan Malaysia supaya beban ditanggung ahli keluarga dapat dikurangkan.
"Oleh itu, YAB Perdana Menteri, saya ingin bertanya, apakah bentuk penyiasatan yang diambil sebenarnya, dan mengapa kami tidak diberitahu sejujurnya selepas 55 hari bahawa orang-orang yang tersayang telah hilang?
Apakah yang begitu sensitif yang boleh menjejaskan siasatan dan apa yang lebih penting daripada kehidupan para penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 serta kehidupan ahli keluarga yang telah menderita selama 55 hari yang lalu?
Beritahu kami apakah teori yang berbeza yang sedang disiasat dan apakah kemajuan yang dicapai setakat ini?
Terdahulu, telah diumumkan bahawa siasatan telah dimulakan. Jadi apakan antara perkara yang didapati pihak PM dan apakah perkara baru ataupun langkah baru yang telah diambil dalam tempoh 55 hari yang lalu?
Isteri Pralhad, Kranti Shirsath yang berumur 44 tahun, merupakan bekas pensyarah kimia daripada Pune , India. Kranti adalah salah seorang daripada 239 penumpang Boeing 777 yang hilang. Mereka telah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai dua anak lelaki berusia 13 dan 11 tahun . Kranti sedang dalam perjalanan untuk melawat Pralhad ketika tragedi malang itu berlaku.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Kurang sejam selepas ia berlepas, pesawat malang itu dilaporkan hilang dan pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Susulan itu juga satu laporan awal tragedi MH370, yang antara lain mengandungi rakaman audio perbualan antara kokpit dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur, senarai kargo dan senarai penumpang pesawat itu, telah dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada awal bulan ini.
Linawati Adnan
Fri May 16 2014
Surat terbuka kepada pemimpin dunia
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
MH370: Surat terbuka kepada pemimpin dunia oleh Pralhad Shirsath
Suami kepada salah seorang penumpang penerbangan malang MH370 melahirkan kekecewaannya terhadap Malaysia.