awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Taklimat peringkat tertinggi keluarga China bersama pakar profesional

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2014
23:31 MYT
MH370: Taklimat peringkat tertinggi keluarga China bersama pakar profesional
Kerajaan akan mengaturkan satu taklimat peringkat tertinggi yang melibatkan pakar-pakar profesional untuk keluarga penumpang MH370 dari Beijing yang berada di Malaysia
Selain pakar-pakar antarabangsa, pakar-pakar dari negara China sendiri akan turut serta memberikan taklimat tersebut.
Ia juga akan disiarkan secara lintas langsung kepada keluarga-keluarga penumpang yang berada di Beijing.
Demikian menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media pada Isnin yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Pemangku Menteri Pengangkutan itu berkata Perdana Menteri berkata, ia bagi memenuhi kehendak dan permintaan keluarga penumpang serta kru pesawat terbabit, yang mahu segala perkembangan dan maklumat disampaikan pakar yang mahir dalam bidang berkaitan.
“Ini peluang kepada keluarga-keluarga penumpang untuk mendengar secara langsung dari beberapa pakar-pakar yang khusus mengenai perkara ini.
“Pakar-pakar akan dapat menjelaskan tentang penyelidikan, data dan kaedah yang telah digunakan dalam misi pencarian” katanya.
Pada Ahad, satu kumpulan keluarga penumpang pesawat MH370 yang baru tiba dari Beijing telah membuat sidang akhbar penuh emosi yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menarik balik kenyataan beliau pada 24 Mac yang membuat kesimpulan bahawa laluan penerbangan pesawat Boeing 777-200ER telah "berakhir" di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang membawa majoriti penumpang warganegara China, hilang pada skrin radar awam pada 8 Mac ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing.
Misi pencarian kini menyaksikan usaha antarabangsa secara besar-besaran dan bertumpu pada Selatan Lautan Hindi di mana pesawat itu dianggap terhempas selepas tersasar dari haluannya.
Malaysia telah dikritik kerana didakwa tidak cekap dan dituduh melindungi fakta, terutama sekali oleh keluarga penumpang China dan juga dari media China.
Namun dakwaan telahpun disangkal oleh kerajaan Malaysia.
Topic Berkaitan
#China
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#family
#MAS
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan