Skip to main content

Malaysia

UIAM dalam kelompok 301-400 THE Sustainability Impact Ratings 2026

81590575639_uiam.jpg
Pencapaian ini meletakkan UIAM dalam kalangan universiti terkemuka dari segi impak kemampanan, sekali gus mencerminkan komitmen universiti untuk menterjemahkan misinya kepada impak yang positif. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya menduduki kelompok keseluruhan 301-400 dalam Times Higher Education (THE) Sustainability Impact Ratings 2026.

THE Sustainability Impact Ratings menilai sumbangan universiti terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merentasi aspek penyelidikan, jangkauan, pemeliharaan dan pengajaran.

UIAM dalam kenyataan semalam memaklumkan universiti itu berada dalam kelompok 101-200 di peringkat global bagi lima SDG, iaitu Tiada Kemiskinan, Kesaksamaan Gender, Air Bersih dan Sanitasi, Hidupan di Dalam Air serta Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh.

"Pencapaian ini meletakkan UIAM dalam kalangan universiti terkemuka dari segi impak kemampanan, sekali gus mencerminkan komitmen universiti untuk menterjemahkan misinya kepada impak yang positif terhadap masyarakat dan ummah,” menurut kenyataan itu.

Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dalam kenyataan sama berkata kejayaan itu mencerminkan misi universiti untuk mengintegrasikan epistemologi tauhid dengan kecemerlangan akademik dan ummah.

"Universiti kekal komited untuk melahirkan graduan yang berkhidmat untuk ummah global serta menzahirkan prinsip rahmatan lil alamin (rahmat ke seluruh alam)," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement