awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Teknologi pemantauan setiap masa bukan sistem mandatori untuk penerbangan

Syafique Shuib
Syafique Shuib
19/03/2014
23:44 MYT
MH370: Teknologi pemantauan setiap masa bukan sistem mandatori untuk penerbangan
Pengarah Urusan Altran Malaysia Fabrice Godeau.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac telah menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan teknologi komunikasi sedia ada, terutamanya dalam pesawat serba moden seperti Boeing 777-200 yang digunakan oleh MAS dalam penerbangan dari KL ke Beijing itu.
Bercakap dalam program Agenda AWANI, Pengarah Urusan Altran Malaysia Fabrice Godeau berkata walaupun teknologi baharu ada, seperti pemantauan setiap masa atau real-time, ia mengambil masa sebelum syarikat penerbangan boleh menggunakan teknologi tersebut.
"Teknologi baharu boleh didapati. Dalam beberapa kes, ia sedang digunakan mengikut peringkat. Walau bagaimanapun, ia mengambil masa yang lama untuk mendapatkan sijil kelulusan untuk peralatan berkenaan. Sekurang-kurangnya ia akan mengambil masa tiga hingga lima tahun.
"Ia bukan satu teknologi mandatori. Industri penerbangan masih konservatif. Oleh kerana itu, teknologi baharu perlu ada bukti bahawa ia berkesan sebelum ia digunakan, " katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata Malaysia sudah di ke hadapan, dengan syarikat penerbangan tempatan sudah menggunakan teknologi pengesahan pesawat terkini.
"Beberapa tahun yang lalu, kami menerima permintaan untuk sistem ‘Flight Following’ kami oleh sesebuah syarikat penerbangan. Salah seorang pelanggan kami mahu menggunakan sistem pengesahan di dalam semua kapal terbang beliau. Beliau juga mahu laporan terperinci setiap tiga minit,” katanya.
Godeau juga berkata bahawa di masa hadapan, semua syarikat penerbangan akan menggunakan sistem pengesahan terkini.
Menurut laporan awal, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairannya apabila pesawat MH370 dikesan dengan bantuan teknologi canggih.
"Saya melihat perkembangan ini (misi mencari dan menyelamat) dan berasa hairan kerana dalam dunia yang serba moden dan canggih dengan pelbagai teknologi, kita masih gagal mengesan pesawat yang sebesar 63 meter itu," katanya seperti dipetik Berita Harian.
Topic Berkaitan
##PrayForMH370
#Altran Malaysia
#Fabrice Godeau
#industri penerbangan
#Malaysia Airlines
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan