Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Isnin menafikan dakwaan bahawa Malaysia menyembunyikan maklumat mengenai pergerakan penerbangan MH370.
"Bagi para keluarga, saya faham setiap hari perasaan semakin terseksa. Saya faham kerana Malaysia juga kehilangan 'anak-anaknya'. Ada 50 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.
"Keutamaan kami pada sepanjang masa ialah mencari pesawat itu. Kami tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat yang dapat membantu.
"Akan tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat sehingga disahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa," kata Hishammuddin dalam sidang media, di ibu negara.
Beliau berkata tanggungjawab itu bukan sahaja terhadap keluarga dan pasukan penyiasat, tetapi juga operasi mencari dan menyelamat kerana adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab untuk mengerahkan sejumlah besar aset hanya berasaskan maklumat yang tidak sah dan sahih.
"Sebaik sahaja wujud kemungkinan pesawat berpatah balik ke Selat Melaka, kami memperluas pencarian ke kawasan itu.
"Saya ingin mengulangi kenyataan pasukan penyiasat AS (Amerika Syarikat) berhubung keputusan itu: 'Berasaskan maklumat dan data yang diberi oleh pihak berkuasa Malaysia, pasukan AS berpandangan ada asas untuk pihak berkuasa Malaysia mengerahkan aset melakukan pencarian di sebelah barat Semenanjung Malaysia'," katanya.
Hishammuddin berkata sebaik sahaja mereka mengesahkan dengan sahih maklumat terbaharu daripada satelit berhubung lokasi terakhir pesawat yang diketahui, mereka menyusun semula usaha pencarian di koridor utara dan selatan seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam tempoh 48 jam yang lalu, beliau berkata Malaysia mengusahakan keperluan diplomatik, teknikal dan logistik berhubung pencarian MH370 dan terus mengetuai penyelarasan keseluruhan usaha mencari itu.
Beliau berkata bilangan negara yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu telah bertambah kepada 26 negara.
"Dalam tempoh 24 jam yang lalu Perdana Menteri telah berhubung dengan Perdana Menteri Australia (Tony Abbott) dan Perdana Menteri China (Le Keqiang).
Kementerian Luar Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Ini meliputi dua kumpulan, pertama negara-negara di koridor pencarian dan kedua, negara yang kita dapatkan bantuan serta kepakaran," kata Hishammuddin.
Bagi negara di kedua-dua koridor pencarian, Hishammuddin berkata Malaysia meminta maklumat radar dan satelit serta aset-aset khusus bagi operasi mencari dan menyelamat.
"Kita meminta mereka berkongsi pelan tindakan mencari dan menyelamat meliputi udara, laut dan darat dengan Pusat Koordinasi Menyelamat di Malaysia supaya kita boleh menyelaraskan usaha mencari.
"Kita meminta agar dimaklumkan perkembangan terkini termasuk laporan harian mengenai kedua-dua aktiviti pencarian dan perincian sebarang maklumat yang diperlukan oleh Malaysia," katanya.
Sebagai pihak berkuasa penyelaras, Malaysia mengumpulkan semua maklumat sebagai sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat serta tidak boleh mendedahkan maklumat daripada negara-negara tertentu.
Hishammuddin berkata operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dan selatan sudah bermula, melibatkan inisiatif awal Malaysia, Australia, China, Indonesia dan Kazakhstan.
"Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sudah mengerahkan aset ke koridor selatan. Dua kapal dikerahkan iaitu kapal peronda luar pesisir KD Kelantan dan KD Selangor. Kerahan ini juga melibatkan helikopter Super Lynx yang boleh beroperasi dari kedua-dua kapal.
"Australia mengerahkan pesawat P-3 Orion ke Kepulauan Cocos dan Krismas. Hari ini Perdana Menteri Australia mengesahkan Australia akan menghantar tambahan dua lagi pesawat P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules. Pesawat P-8 Poseidon AS akan terbang ke Perth hari ini bagi membantu pencarian," katanya.
Beliau berkata Ahad, pakar dari Jabatan Penerbangan Awam China menyertai pasukan penyiasat manakala pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis untuk Keselamatan Penerbangan Awam Perancis pula pada Isnin.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac lepas. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Mon Mar 17 2014
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Gambar Fail
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.