KUALA LUMPUR: MIC mahu memberi fokus untuk mengukuhkan parti itu sendiri, dan tidak sekadar bergantung kepada kekuatan kerajaan negeri atau Persekutuan semata-mata.
Presidennya, Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, langkah tersebut antaranya memastikan pemikiran ahli parti berkenaan tertumpu kepada perkembangan arus perdana, selain mengukuhkan keahlian di peringkat akar umbi.
Jelas beliau, pengukuhan dalaman parti penting bagi menjamin MIC kekal relevan untuk tempoh 20 hingga 50 tahun lagi susulan dinamik politik sejak kebelakangan ini.
"Dalam masa terdekat ini iaitu dari 2018, arena politik Malaysia ini bertukar setiap dua tahun... setiap lima tahun.
"Oleh kerana itu, kita mengambil keputusan bahawa jikalau kita nak juga parti MIC dalam masa 25 tahun hingga 50 tahun, kita harus bertumpu kepada kekuatan kita untuk memastikan bahawa perjuangan parti kita ini tidak bertumpu kepada peruntukan-peruntukan lain, ataupun aktiviti lain.
"Sebaliknya, aktiviti kita sendiri sebagai satu parti yang dapat menjalankan program-program poltik dengan hasil kita sendiri," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar dan Merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-77 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini.
Hadir sama Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.
Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC turut membuat keputusan memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus ahli yang berdaftar di setiap cawangan adalah aktif.
"Ini akan membawa satu perubahan yang besar, jikalau parti MIC ini dapat menumpukan dalam masa tujuh bulan untuk memastikan semua cawangan di peringkat akar umbi, memberi tumpuan yang sama dari Perlis ke Johor, supaya aktiviti-aktiviti yang kita jalankan ini bertumpu kepada satu arus perdana iaitu menguatkan parti dari akar umbi," tambah beliau.
Selain itu, beliau berkata MIC memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan termasuk membina kolej di Selangor yang menawarkan kursus-kursus yang tidak tersenarai dalam Universiti AIMST.
Dalam masa yang sama, MIC juga kata Vigneswaran dalam proses membina hospital sendiri yang dikenali sebagai Hospital AIMST bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat khususnya komuniti India.
Universiti AIMST yang ditubuhkan pada 2001, diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan 40 program yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Antara bidang ditawarkan termasuklah melalui Pusat Pengajian Am dan Asasi, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Profesion Kesihatan Bersekutu dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Komputer.
Hasimi Muhamad
Sat Nov 18 2023
Vigneswaran (tengah) hadir Merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-77 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini - Foto/MIC
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
MIC mahu perkukuh parti sendiri, tak bergantung kerajaan negeri, Persekutuan
Pengukuhan dalaman parti penting bagi menjamin MIC kekal relevan untuk tempoh 20 hingga 50 tahun lagi.
MIC nafi ketengah manifesto bebaskan Najib
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran menafikan laporan yang mengatakan bahawa resolusi manifestonya merangkumi pembebasan Najib Razak.
MIC cadang bertanding di 12 kerusi Parlimen pada PRU15
Cadangan berkenaan melibatkan bukan hanya kerusi tradisi MIC tetapi juga kawasan yang mempunyai peratusan tinggi untuk parti itu menang.
'Hubungan sulit' takkan berhasil, selagi tiada sokongan akar umbi - Presiden MIC
Tan Sri S A Vigneswaran berkata, sukar untuk UMNO bekerjasama dengan pihak pembangkang, sama ada dari DAP mahupun PKR dan sebaliknya.
MIC tidak akan ikut jejak MCA - Vigneswaran
MIC tidak akan mengemukakan sebarang cadangan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan, tegas presidennya Tan Sri S A Vigneswaran hari ini.