awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hubungan sulit' takkan berhasil, selagi tiada sokongan akar umbi - Presiden MIC

Aida Aziz
Aida Aziz
21/03/2021
10:10 MYT
'Hubungan sulit' takkan berhasil, selagi tiada sokongan akar umbi - Presiden MIC
VIKNESWARAN: Walaupun ada juga pemimpin-pemimpin yang di belakang membuat 'hubungan sulit' dengan Pakatan Harapan... akar umbi tidak akan ikut mereka. - Gambar fail
SUNGAI SIPUT: Perbincangan atau perjumpaan sulit yang didakwa diatur antara pemimpin UMNO dan pihak dari Pakatan Harapan (PH) tidak akan berhasil, selagi tidak mendapat persetujuan dari akar umbi.
Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata adalah sukar untuk parti UMNO bekerjasama dengan pihak pembangkang, sama ada dari DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan sebaliknya.
Tegasnya, parti itu sama sekali tidak boleh memberi jaminan bahawa akar umbi akan bersama mereka, sekiranya kerjasama itu termeterai.
"Saya berharap UMNO akan membuat keputusan yang baik dan sewajarnya pada masa sekarang, kerana walaupun ada juga pemimpin-pemimpin yang di belakang membuat 'hubungan sulit' dengan Pakatan Harapan... akar umbi tidak akan ikut mereka.
"Maka, saya percaya walaupun ada hubungan sulit, ia tidak akan berhasil kerana adalah sukar untuk DAP bekerja dengan UMNO, dan UMNO bekerja untuk DAP... begitu juga dengan Keadilan (PKR)," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Bantuan Peralatan Kesihatan, Bantuan Perubatan dan Pendidikan di Pusat Khidmat MIC Sungai Siput pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan menjalnkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.
Beliau berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO.
Katanya, kerjasama itu akan menjadi kenyataan jika UMNO tekad memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Topic Berkaitan
#Politik Malaysia
#UMNO
#PKR
#DAP
#kerjasama politik
#parti pembangkang
#MIC
#Presiden MIC
#Tan Sri S A Vigneswaran
#Pakatan Harapan
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan