Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin dan anggota MIC perlu menghayati semangat 'munneruvom' atau 'majulah bersama' bagi memastikan parti itu terus utuh dan relevan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.
Beliau berkata anggota MIC baharu dan lama perlu memberi komitmen penuh dalam perjuangan parti dan sentiasa bersedia membantu antara satu sama lain.
"Kita mesti berada dalam satu bahtera dan berpegang kepada munneruvom," kata Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-70, di sini hari ini.
Seruannya itu disambut meriah dan penuh bersemangat oleh anggota parti yang turut bersama-sama melaungkan ‘Munneruvom’ yang merupakan antara petikan lirik dalam lagu MIC bertajuk "Victory in Our Hand".
Beliau berkata MIC perlu bersatu dan berwibawa jika ingin terus berkhidmat bagi masyarakat India.
"Bila saya sebut parti kena bersatu, saya ingin melihat penyatuan kaum India. Ketika ini terlalu banyak parti politik mewakili kaum India atau cuba mewakili kaum India, ini susah bagi kita, susah bagi saya.
"Walaupun kaum India merupakan kaum paling kecil lebih kurang lima peratus (penduduk Malaysia), tetapi dari segi surat, ia paling banyak sekali saya terima daripada pelbagai letterhead," katanya diikuti gelak ketawa anggota perwakilan MIC yang hadir.
Mengulas lanjut, Najib berkata dasar pengkongsian kuasa dalam komponen BN yang selama ini bersandarkan kepada politik inklusif harus terus dipegang bagi menjamin semangat bersatu-padu di bawah satu bumbung yang sama.
Dalam konteks ini, perdana menteri meminta saf kepimpinan MIC yang pernah diuji dengan krisis perebutan kuasa sebelum ini, supaya terus bersatu menyokong pemimpin sedia ada dan cuba menyelesaikan sebarang masalah dengan lebih baik.
Beliau berkata jika MIC ingin menjadi payung bagi kaum India, parti itu harus mengamalkan politik yang inklusif, bersatu dan tidak mengganggu kepimpinan.
"Apabila anda masuk ke dalam sebuah rumah, terima kepimpinan dalam rumah itu. Seekor burung layang-layang tidak cukup menandakan musim panas. Seorang individu tidak mampu membuat perubahan. Tetapi seorang individu yang mempunyai banyak pengikut boleh membuat perubahan. Jadi kalau ada apa-apa, ajak duduk, runding dengan mereka.
"Tidak kira Indian Progressive Front (IPF), Malaysian Indian United Party (MIUP), Makkal Sakti, sesiapa sahaja. Duduk dan bincang. Kalau tidak boleh gabung, sekurang-kurangnya di bawah satu bumbung menerusi kerjasama strategik dan diteruskan sampai pilihan raya umum (PRU) dan sokong calon BN," katanya.
Najib berkata jika BN ingin memenangi PRU ke-14 akan datang, transformasi kepimpinan sehingga ke peringkat akar umbi perlu wujud dan jentera parti komponen perlu sentiasa mendekati pengundi dan berkhidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, jaringan perkhidmatan kepada rakyat perlu meluas dan bukan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja dan lantaran itu dasar integrasi dan toleransi kaum perlu diterapkan dengan lebih meluas.
"Saya yakin dan percaya, kita telah menangi pertarungan (mendapatkan sokongan) tetapi belum lagi dalam perang (pilihan raya umum)... jadi kita mesti memberi tumpuan bagaimana hendak menang perang ketika PRU ke-14 nanti. Jangan ada pemikiran sempit, mesti inklusif dan mesti menjadi pemimpin sebenar. Barulah kita boleh menang pertarungan dan juga perang," katanya.
Mengenai persidangan itu, Najib berkata ia medan penting yang menandakan ‘keributan’ dalam MIC telah berakhir dan seterusnya membuka lembaran perjalanan baharu bagi parti tersebut.
Beliau juga percaya MIC akan muncul sebagai parti komponen yang lebih komited untuk mencapai kejayaan dengan hala tuju yang lebih jelas dan kepimpinan yang lebih teratur di masa hadapan. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
Najib berkata dasar pengkongsian kuasa dalam komponen BN yang selama ini bersandarkan kepada politik inklusif harus terus dipegang bagi menjamin semangat bersatu-padu di bawah satu bumbung yang sama. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.