Parti MIC sudah mula membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 (PRU14).
Presidennya, Datuk Seri S. Subramaniam berkata pihaknya telahpun memulakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional.
Subramaniam berkata partinya tidak mahu menunggu sehingga saat-saat akhir dalam membuat persiapan.
"Saya telah memulakan perbincangan saya dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di peringkat negeri dan di peringkat Persekutuan, di dalam mengenal pasti kerusi-kerusi kita di peringkat awal, dan cadangan daripada pihak MIC, supaya kita boleh mula dengan kerja-kerja ke arah PRU 14 secara cepat.
“Kita tidak mahu tunggu sampai lambat tetapi secara awal kita kena tetapkan kerusi-kerusi MIC, lepas itu mula kerja di tempat-tempat itu, supaya apabila pilihanraya diumum, kita berada dalam satu keadaan persiapan yang amat tinggi,” katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat kerja (CWC) parti itu pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya parti itu akan berbincang sama ada ia akan bertanding dalam kerusi yang sama yang ia tandingi dalam piliranraya ke 13.
Katanya keputusan itu akan mengambil kira keutamaan kedua-dua pihak iaitu MIC dan Barisan Nasional.
Sementara itu, Subramaniam menafikan kewujudan ‘kem’ di dalam MIC seperti yang diuar-uarkan oleh sesetangah pihak.
Beliau berkata yang wujud, hanyalah satu kem sahaja, iaitu kem MIC.
Katanya oleh sebab itu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyertai parti itu, termasuk bekas setiausaha agung parti, Datuk S. Sothinathan.
“Saya mempunyai pandangan terbuka untuk menjemput mereka yang ada di luar parti dan mahu menyertai MIC untuk datang dan bersama kita dalam perjuangan MIC.
“Saya telah beberapa kali mengulangi pandangan itu dan minta mereka yang ada di luar supaya secara besama membawa parti ke satu tahap yang lebih tinggi.”
Subramaniam berkata demikian apabila ditanya mengenai berita di akhbar berbahasa Tamil yang mewar-warkan bahawa Sothinathan bakal menyertai ‘kem’ Subramaniam di dalam parti itu.
Sebelum ini, wujud pertelingkahan terbuka dan perebutan kuasa diantara penyokong bekas Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel dan penyokong Subramaniam, sehingga kedua-dua pihak itu dikenali dengan gelaran ‘kem Palanivel’ dan ‘kem Subramaniam’.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jul 19 2016
MIC sudah mula membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.