awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu

Bernama
Bernama
08/10/2024
10:43 MYT
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata jawatan Bendahari Agung MIC kini digantikan dengan Datuk N. Sivakumar yang juga memegang jawatan Ketua Bahagian MIC Segambut.
"Semua individu yang dilantik ini akan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti, berkuat kuasa semalam hingga pemilihan parti akan datang yang dijangka pada 2027," katanya.
Beliau turut mengesahkan beberapa pelantikan lain termasuk Ketua Penerangan yang kini disandang Datuk AK Ramalinggam, Pengerusi Bangunan MIC Datuk N. Rawisandran, Setiausaha Organisasi Datuk N. Muneandy dan Setiausaha Eksekutif Datuk Dr AT Kumararajah.
Selain itu, bekas Ketua Penerangan MIC Datuk R. Thinalan diberi peranan baharu sebagai Pegawai Strategi Nasional manakala Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) L. Siva Subramaniam dilantik Biro Media Kebangsaan.
Pada awal Ogos lepas, Vigneswaran telah membuat lantikan baharu bagi jawatan Setiausaha Agung MIC yang kini dipegang oleh Datuk Dr S. Ananthan yang merupakan pengerusi MIC Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#lantikan penting
#M Ramasamy
#Naib Presiden baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan