Program Biasiswa Presiden MIC menawarkan biasiswa berjumlah RM18 juta kepada 900 penuntut India yang layak daripada kalangan keluarga berpendapatan Bawah 40 (B40) bagi melanjutkan pengajian dalam bidang akademik dan kemahiran.
Presiden MIC Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata inisiatif itu dilaksanakan oleh Biro Pendidikan MIC dengan kerjasama 18 institusi pengajian tinggi swasta terkemuka di negara ini.
Beliau berkata biasiswa itu boleh dimohon oleh mereka yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu biasiswa penuh dan separa biasiswa.
"Ini adalah sebahagian daripada Rangka Tindakan India Malaysia untuk mentransformasikan komuniti India di negara ini bagi memastikan mereka berpeluang melanjutkan pengajian tinggi.
"Kami mahu memberi peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian mereka tetapi tidak mempunyai kewangan untuk berbuat demikian," katanya ketika melancarkan program biasiswa itu di sini, pada Isnin.
Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam program itu ialah Kolej Brickfields Asia, UCSI University dan Limkokwing University of Creative Technology.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan wabak rabies atau penyakit anjing gila, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau tidak pasti bila wabak itu dapat dibendung kerana pergerakan anjing adalah di luar kawalan kementerian.
"Kami tidak dapat mengawal pergerakan anjing, ia mungkin bebas ke kawasan yang tidak terlibat dan menyebarkannya di sana.
"Apa yang pasti, Jabatan Perkhidmatan Veterinar berusaha gigih untuk memberi vaksin kepada haiwan di kawasan terbabit. Semoga kempen intensif kami dapat membendung wabak ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
SUBRAMANIAM: Ini adalah sebahagian daripada Rangka Tindakan India Malaysia untuk mentransformasikan komuniti India di negara ini.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.