Ketika Karpal Singh diingati untuk jasa beliau, ada satu lagi lelaki dimana pengorbanan beliau tidak boleh dilupakan.

Michael Cornelius Selvam Vellu merupakan setiausaha peribadi (PA) kepada Karpal dan kesetiaannya kepada 'Boss' akan sentiasa dikenang.

Michael merupakan orang yang akan berada di belakang Karpal. Beliau yang berusia 39 tahun itu akan menolak kerusi roda Karpal di parlimen, mahkamah, atau di pejabatnya di Jalan Pudu.

Anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur Deo, dalam laporan Bernama berkata Michael "taat kepada majikannya" dan turut meninggal bersama.

Michael Cornelius

Michael bertemu dengan Karpal di sebuah hospital di India ketika Karpal menjalani rawatan pada tahun 2005, tahun yang sama di mana bekas pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor lumpuh akibat kemalangan kereta.

Michael, yang datang dari keluarga miskin dari Vellore, Tamil Nadu di selatan India, kemudian bersetuju untuk kembali ke Malaysia bersama Karpal sebagai pembantunya.

Micheal seperti "memberikan nyawanya untuk Karpal " dan bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk majikannya, kata penulis biografi 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong' Tim Donoghue .

"Tanpa Michael ... melayan setiap keperluan beliau, dan Gurmit (isterinya) , Karpal tidak akan dapat menjalani kehidupan ini," Donoghue memberitahu Astro AWANI semalam.

Michael

Michael menyuapkan makanan kepada Karpal dan membantu dia mandi serta memakai pakaiannya.

Untuk menghubungi Karpal, orang itu perlu melalui Michael dulu sebab dia yang akan menjawab panggilan dan meletakkan telefon ke telinga Karpal.

Dalam satu rencaya terbitan DAP Rocket, Michael telah digambarkan sebagai begitu taat dan ADUN Piasau Alan Ling Sie Kiong berkata beliau "menjaga beliau (Karpal) dengan begitu baik."

Ling bercerita tentang pertemuan beliau dengan Michael ketika menjalani latihan dalam kamar di dalam firma undang-undang milik Karpal pada tahun 2009.

"Dia (Michael) begitu sibuk sehingga dia pernah meminta saya untuk membantu beliau kirimkan wang kepada keluarganya di India. Masa beliau rehat hanya di dalam kereta bersama Karpal," kata Alan.

Michael cornelius

Pengorbanan Micheal untuk Karpal begitu besar, kerana beliau jarang pulang ke kampung halamannya di India dan juga apabila dia kembali ke India, ia adalah untuk masa yang singkat seperti dua minggu, tulis artikel itu.

Menurut Ling, Michael juga seorang Kristian dan sering dilihat membawa Bible bersama beliau.

"Michael sering membawa bible di mana sahaja beliau pergi. Apabila saya telah berkahwin dan selepas kemenangan saya dalam pilihan raya peringkat negeri Sarawak pada tahun 2011, dia menghantar saya beberapa hadiah dan kad ucapan yang tertulis ayat-ayat Bible di dalamnya untuk memberi inspirasi kepada saya."

Michael Cornelius

Dalam temu bual bersama FZ.com sebelum ini, Karpal menyifatkan Michael sebagai "bayang-bayang" beliau.

"Dia perlu bangun setiap beberapa jam untuk menukar posisi saya kerana saya tidak boleh tidur dalam satu kedudukan yang sama untuk tempoh yang lama ... beliau tidak mempunyai kehidupan, beliau perlu menjaga saya sepanjang hari dan juga tidur di dalam bilik yang sama," kata Karpal ketika ditemuduga.

Karpal juga berkata Michael: "Jika dia tiada, susahlah saya!"

Seorang rakan berkata " Tuhan begitu hebat untuk Michael terus bersama Karpal untuk membantu beliau di dalam syurga."

Michael, yang kali terakhir bertemu keluarganya setahun yang lalu, turut meluahkan bahawa agak sukar untuk beliau tidak berada di sisi Karpal.

"Sangat sukar untuk 'Boss' kerana orang lain tidak tahu bagaimana menjaga beliau," kata Michael yang gembira untuk berkhidmat untuk Karpal.