PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95.
Pekara itu dikongsi Perdana Menteri melalui hantaran di Instagram Story pagi ini.
Dalam perkongsian itu, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu kerana membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once pulang ke Malaysia.
Dua hari lalu, Michelle Yeoh meraikan kejayaan di pentas berprestij itu bersama peminat di pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.
Bintang filem Everything Everywhere All At Once itu turut diraikan pada majlis istimewa buat kali pertama di Malaysia yang diberi nama, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet dengan dilengkapi hamparan karpet merah terpanjang.
Minggu lalu, beliau dilaporkan kembali ke Malaysia lebih awal dan menunjukkan kepada ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, trofi Oscar dimenanginya itu.
Michelle Yeoh turut membawa trofi itu ke pusara bapanya, mendiang Datuk Yeoh Kian Teik. Yeoh pulang ke tanah air bagi menyambut ulang tahun ibunya, Janet yang sudah menjadi kepulangan wajib saban tahun.
Pada edisi ke-95 Oscar, Michelle Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Sebelum ini, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.
Beliau mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an.
Astro Awani
Thu Apr 20 2023
Anwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu yang membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once. - Foto PMO
"Jujur cakap saya sedih dengan apa yang berlaku" - Faisal Halim
Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim berharap semua pihak terus mendoakannya selain turut berharap pelaku yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin,
198,046 kenderaan lulus subsidi diesel - KPDN
KPDN menerima keseluruhan Permohonan menyertai Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) daripada 40,264 syarikat.
"Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat" - Faisal Halim
Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mengakui beliau sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu sebagai pemain bola sepak demi memastikan dirinya dan keluarga selamat.
"Sepanjang ditahan di IPD Petaling Jaya ini, saya dilayan dengan baik" - Datuk Zayn Rayyan
Jelas datuk Zayn Rayyan, sepanjang dia dan isteri ditahan di IPD Petaling Jaya, mereka berdua dilayan dengan baik, makan minum semua baik.
Belasah teman wanita kerana keluar beli sayur
Tertuduh See Yong Fei, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Masjitret Khairunnisak Hasni.
MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis - Peguam
Tepat jam 2.30 petang pada Khamis, datuk dan nenek Allahyarham Zayn Rayyan telah dilepaskan atas jaminan polis, kata Peguam, Fahmi Abd Moin.
Bagaimanapun jelas peguam itu, kedua-dua mereka perlu lapor ke IPD Petaling Jaya sebanyak 11 kali dan yakin mereka akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Siasatan kekal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan .
Bagaimanapun jelas peguam itu, kedua-dua mereka perlu lapor ke IPD Petaling Jaya sebanyak 11 kali dan yakin mereka akan memberi kerjasama kepada pihak polis. Siasatan kekal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan .
AWANI Ringkas: Kes Zayn Rayyan | Datuk, nenek bebas dengan jaminan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MIER jangkakan 'pelarasan minimum' bagi subsidi RON95
MIER menjangkakan pelarasan minimum' bagi subsidi RON95 dan pelaksanaannya pada Julai atau Oktober tahun ini selepas kesan rasionalisasi subsidi diesel dinilai.
Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam
Peguam Mahmud Jumaat berkata, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mendapatkan rawatan ini sejak awal lagi kes ini berlaku.
#MetGala: Busana kerajang timah, rambut pendek Michelle Yeoh jadi perhatian
Michelle berkata busana itu adalah ilham daripada pereka kreatif jenama Balenciaga iaitu Demna yang diinspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!
Pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.
Dilantik duta jenama popular dunia, Michelle Yeoh dikecam
Kerana mengumumkan pelantikannya itu, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia disifatkan tidak sensitif dengan perkembangan yang berlaku di Gaza.
Michelle Yeoh antara 8 ahli baharu IOC
Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.
Michelle Yeoh balik Ipoh, luang masa bersama keluarga
Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi kegembiraannya selepas berpeluang pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak.
Michelle Yeoh kongsi gambar perkahwinan
Pemenang Oscar itu memuat naik empat keping gambar, termasuk satu gambar yang disunting dari poster filem Tomorrow Never Dies.
Tak tahu Michelle Yeoh kahwin, ibu harap majlis resepsi di Malaysia
IBU kepada Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeoh, 84, tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Michelle Yeoh, Jean Todt berkahwin selepas 19 tahun bertunang
Tan Sri Michelle Yeoh dan tunang, Jean Todt mengambil masa 6,992 hari, menyamai tempoh 19 tahun untuk berkahwin.