KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Intel Malaysia menganugerahkan Kit Kecerdasan Buatan (AI) Intel kepada lima universiti tempatan dalam usaha memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk belia.
Kelima-lima universiti yang terpilih iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Tenaga Nasional serta Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik dianugerah kit 'visi mesin berasaskan AI' yang selaras dengan pertumbuhan teknologi baru muncul melalui penyediaan jalan kepada institusi pendidikan untuk melengkapkan bakat masa depan dengan kemahiran AI.
Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata MIDA berhasrat mencontohi kejayaan Program AI bagi Universiti (AI4U) untuk memulakan pelbagai kolaborasi antara akademik dengan industri, pembelajaran jarak jauh, memberikan akses merata untuk komuniti pelajar kepada ilmu dan pembangunan diri.
"Selain mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, kita bertanggungjawab mempersiap para inovator dan pemimpin teknologi muda kita yang bercita-cita tinggi kerana mereka adalah penting untuk pembinaan negara dalam era yang didorong oleh teknologi ini.
"Kami berharap pencapaian hari ini akan mencetuskan peluang baharu bagi mencontohi kerjasama serupa antara universiti terkemuka dengan sektor korporat dalam usaha meningkatkan pertumbuhan dalam aktiviti penyelidikan berkaitan AI dan inovasi produk komersial," menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Arham berkata acara itu adalah kesinambungan program AI4U yang dilancarkan pada November tahun lepas bagi memudah cara pembinaan Makmal AI masing-masing dalam kalangan kesemua institusi ini untuk memupuk kemahiran berfikir pengkomputeran dalam kalangan pelajar pelbagai bidang pengajian.
Selain itu, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata MPC gembira dapat bekerjasama dengan MIDA dan Intel Malaysia dalam program AI4U.
"Apabila teknologi berkembang, majikan mahukan siswazah yang memiliki kemahiran betbeza dan pendidikan tinggi perlu memberikan maklum balas yang sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Arham berkata MIDA berhasrat mencontohi kejayaan Program AI bagi Universiti (AI4U). - Foto BERNAMA
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.