awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIHAS@Shanghai dibuka secara rasmi, sasar RM3 bilion nilai jualan

Nazri Kahar
Nazri Kahar
06/11/2025
05:25 MYT
MIHAS@Shanghai dibuka secara rasmi, sasar RM3 bilion nilai jualan
Majlis pembukaan MIHAS@Shanghai hari ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto DPMO
SHANGHAI: Expo Halal Antarabangsa Malaysia, MIHAS@Shanghai dibuka secara rasmi di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC) , Shanghai, China.
Majlis pembukaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MIHAS@Shanghai diadakan sempena penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China 2025 (CIIE 2025), salah satu pameran ekonomi terbesar di China dan paling berpengaruh di dunia.
Ekspo ini merupakan edisi MIHAS kedua dianjurkan di peringkat antarabangsa selepas kejayaan MIHAS@Dubai tahun lalu.
Turut hadir pada majlis hari ini, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Seri Mustafa Abdul Aziz; Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Duta Malaysia ke China, Datuk Norman Muhammad.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut bertemu pihak berkepentingan dalam sektor halal China yang menjadi sebahagian strategi meneroka pasaran China dan negara sekitar sekali gus memperkasa kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global.
Industri Halal global kini bernilai AS$3 trilion dan bakal mencecah AS$5 trilion menjelang 2030.
Selepas kejayaan MIHAS@Dubai 2024 yang menjana nilai jualan RM2.2 biliion, penganjuran MIHAS@Shanghai, MATRADEmenyasarkan nilai jualan RM3 bilion melalui sesi padanan perniagaan, 100 pembeli antarabangsa termasuk 20 pembeli premium dari China.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2025, nilai dagang Malaysia-China meningkat 8.6 peratus kepada RM385.71 bilion.
Manakala eksport produk halal Malaysia meningkat 15 peratus kepada RM61.79 bilion pada 2024 dengan China menyumbang RM6.25 bilion dan kekal sebagai pasaran eksport halal kedua terbesar bagi Malaysia
China merupakan rakan dagang yang terbesar untuk 16 tahun berturut turut sejak 2009




Topic Berkaitan
#Expo Halal Antarabangsa Malaysia
#MIHAS Shanghai
#Ahmad Zahid Hamidi
#majlis pembukaan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan