BANGI: Hati siapa yang tidak risau mengenangkan nasib keluarga yang jauh berada di Gaza dan berdepan serangan berterusan daripada rejim Israel.
Perkara sama dilalui Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang setiap hari memikirkan keselamatan isteri dan tujuh anaknya.
Sebagai suami dan bapa, apa yang mampu dilakukan Muhammad Nadir hanyalah memanjatkan doa agar keluarga tercinta selamat daripada serangan di bumi Rafah yang kini menjadi sasaran pencerobohan tentera rejim Zionis.
Menurut Muhammad Nadir, isterinya, Reem Al-Minawi dan anak-anak termasuk anak tiri ketika ini berlindung di sebuah rumah di Rafah, atas ihsan 'seorang hamba Allah'.
Ujarnya, difahamkan sekitar 20 sehingga 30 individu turut berlindung di kediaman tersebut.
Dari segi komunikasi, jelas beliau keadaan sedikit baik kerana dapat berhubung dengan keluarga setiap dua hari sekali.
"Saya kira dalam dua minggu lepas kita boleh berhubung semula, maksudnya dah ada sedikit elektrik, internet dan boleh berhubung.
"Sekarang ini kita boleh sebut Alhamdulillah mereka masih hidup. Sebab kalau kita nak kata sihat, susah dalam keadaan sekarang kerana tak cukup makan dan bercampur dengan orang ramai.
"Memang anak-anak diuji berbagai bentuk penyakit, tetapi Alhamdulillah, yang terbaik boleh kita harapkan ialah mereka masih lagi hidup dan itu sudah cukup baik untuk kami," katanya ketika ditemui selepas forum “Gaza Inspired Family” sempena Program Bina Semula Gaza (BSG) di sini pada Ahad.
Muhammad Nadir juga mengakui tidak lena tidur malam memikirkan keselamatan isteri dan anak-anaknya di Rafah.
Ujarya, kalau di siang hari, beliau boleh 'melupakan' seketika keadaan keluarga dengan melibatkan diri dalam pelbagai program.
"Waktu malam kita bermimpi jumpa dengan keluarga dan anak-anak datang peluk. Kita akan bangun dalam keadaan yang cemas dan buka berita, adakah kawasan mereka duduk di bumi Rafah telah dibom atau berlaku apa-apa insiden tidak diingini.
"Jadi, setakat ini susah sikit nak tidur malam sebab malam ini tak boleh nak kawal. Siang kita boleh penuhkan masa dengan dengan (pelbagai) aktiviti," kata beliau lagi.
Lebih membuatkan hatinya gundah apabila memikirkan keadaan kesihatan anak bongsunya yang berusia sekitar dua tahun kerana mempunyai masalah komplikasi pernafasan.
Begitupun, di sebalik kesulitan tersebut, Muhammad Nadir bersyukur keluarganya yang berada di Rafah masih mempunyai bekalan makanan memandang bantuan masih boleh dibawa masuk ke kawasan tersebut.
"Serangan oleh Israel masih berlaku melalui jalan udara, maksudnya belum lagi berlaku serangan melalui jalan darat.
"Kalau berlaku serangan jalan darat, akan berlaku risiko ribuan orang akan mati syahid setiap hari," tambahnya.
Kira-kira 1.4 juta warga Palestin dan penduduk yang hilang tempat tinggal kini berada di Rafah selepas tentera penceroboh Israel mengusir ratusan ribu rakyat Palestin dari utara Gaza ke selatan wilayah berkenaan.
Begitu pun, tentera penceroboh Israel mengebom bandar Rafah di selatan Gaza sejak Isnin lalu, membunuh dan mencederakan ratusan orang awam Palestin.
Hasimi Muhamad
Sun Feb 18 2024
Muhammad Nadir berkata, setiap hari beliau memikirkan keselamatan isteri dan tujuh anaknya yang kini berlindung di Rafah - Gambar Instagram Nadir Al-Nuri
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
"Mimpi anak-anak datang peluk" - Nadir Al-Nuri kongsi keadaan keluarga di Rafah
Menurut Muhammad Nadir, isterinya, Reem Al-Minawi dan anak-anak ketika ini berlindung di sebuah rumah di Rafah, atas ihsan 'seorang hamba Allah'.