KUALA LUMPUR: Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi, kekangan kewangan dan kemampuan, kata PropertyGuru Malaysia.
Dalam Kajian Sentimen Pengguna (CSS) Separuh Kedua 2023 (2H2023), Pengurus Negara Sheldon Fernandez berkata, kira-kira 50 peratus daripada tinjauan, terutamanya demografi golongan muda dan pendapatan rendah, bergantung kepada sokongan kerajaan untuk membeli rumah.
"Selain itu, 46 peratus daripada responden berkata mereka berdepan cabaran yang berterusan bagi mendapatkan pembiayaan untuk skim perumahan mampu milik," katanya.
Fernandez berkata, adalah penting untuk merancang dan melaksanakan inisiatif perumahan mampu milik secara strategik bagi menyesuaikan dengan gaya hidup terkini, terutamanya di kawasan bandar berikutan terdapat peningkatan kebimbangan mengenai keadaan persekitaran kehidupan yang mampan.
Beliau juga berkata, responden bersedia untuk berkompromi dengan kemudahan tertentu bagi mendapatkan lebih banyak rumah mampu milik untuk memenuhi harapan kediaman impian mereka.
Beliau berkata, responden, terutamanya individu yang lebih tua dan penyewa, tidak kisah jika melepaskan kemudahan sepert gimnasium (49 peratus), taman permainan (46 peratus), trek joging/kawasan rekreasi (45 peratus) dan balkoni (43 peratus) jika ia menjadikan rumah tersebut lebih murah namun mereka tidak akan berkompromi terhadap kawasan meletak kenderaan, ruang dapur dan bilik mandi kedua.
Perubahan ini menunjukkan perubahan pilihan pengguna yang mengutamakan ruang yang lebih praktikal dan menjimatkan kos.
"Terdapat ruang untuk pengawal selia dan pemaju memainkan peranan dalam perkara ini, dengan mengetahui bahawa orang ramai sanggup melepaskan beberapa kemudahan tetapi bukan untuk kehidupan yang mampan," kata Fernandez.
Beliau berkata, terdapat penurunan permohonan pinjaman perumahan dan menjangkakan aktiviti urus niaga yang lebih perlahan untuk sepanjang tahun ini. Penurunan jualan (urus niaga) juga bermaksud akan berlaku peningkatan kadar sewaan.
"Jika orang tidak membeli, mereka akan menyewa," katanya.
Beliau berharap situasi ini akan stabil apabila ekonomi kembali pulih, sekali gus ini akan memulihkan permintaan hartanah pada 2024.
"Kami mengharapkan beberapa berita baik daripada dasar gaji progresif yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Ini mungkin sokongan yang diperlukan rakyat Malaysia untuk mereka memiliki rumah," kata Fernandez.
Mengulas mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang menyebabkan kos peminjaman yang lebih tinggi, beliau berkata 35 peratus daripada responden mencari hartanah yang lebih murah, 51 peratus merancang untuk lebih berjimat-cermat dan 23 peratus memilih untuk menangguhkan pembelian pertama mereka pada tahun depan.
"Ini menunjukkan kesediaan dalam kalangan pembeli berpotensi untuk mempertimbangkan jangkaan dan pilihan yang selari dengan kemampuan kewangan mereka," katanya.
Dengan kadar OPR pada tiga peratus dan inflasi berkurangan kepada dua peratus, beliau berkata, adalah tepat pada masanya kerajaan menjalankan kajian semula skim dan inisiatif perumahan semasa dan yang dicadangkan.
"Untuk membantu pengguna mengatasi kekangan pemilikan rumah pada masa kini, bantuan bersasar oleh kerajaan adalah penting bagi menangani cabaran ini dengan lebih berkesan.
"Kami ingin melihat apakah yang tersedia kepada bakal pembeli rumah dalam Belanjawan 2024," kata Fernandez.
Tinjauan itu dijalankan terhadap 1,000 responden mengenai isu berkaitan hartanah menerusi kaji selidik secara dalam talian.
Responden terdiri daripada gabungan kakitangan berkolar putih dan biru serta ahli perniagaan daripada segmen berpendapatan sederhana hingga tinggi (64 peratus) dan kumpulan berpendapatan rendah (34 peratus). - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi, kekangan kewangan dan kemampuan, kata PropertyGuru Malaysia. - Gambar hiasan/BERNAMA
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Minat miliki hartanah tinggi, namun permintaan pembelian kurang - PropertyGuru
Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi.
Permohonan pinjaman kekal stabil, kenaikan OPR tidak halang orang ramai beli rumah
Permohonan pinjaman terus kekal stabil pada bulan tersebut sekali gus membuktikan permintaan hartanah tidak terjejas dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).
Longgarkan kriteria pembelian rumah - HBA
Ramai pihak terutama pemain industri hartanah dan pembinaan meminta kriteria pemberian pinjaman untuk pembelian hartanah dilonggarkan.
Pecah amanah: Polis serbu pejabat HRDF
Sepasukan anggota JSJK melakukan serbuan ke pejabat berkenaan pada 10 pagi sebelum meninggalkan premis berkenaan kira-kira 5.30 petang Jumaat.
Tiada sekatan ke atas warga asing beli hartanah - PMO
Malaysia mengenakan syarat-syarat tertentu berhubung pembelian hartanah oleh rakyat asing dan maklumat mengenai syarat-syarat tersebut boleh diperoleh dalam carian umum.
DBKL letak syarat hanya sebuah rumah buat kakitangan
Pasukan Petugas Khas ini sedang meneliti kesemua prosedur dan sistem yang dilaksanakan oleh jabatan di bawah DBKL.
Mara sedia bekerjasama dalam siasatan pembelian hartanah Australia
Bahagian pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Incorporated Sdn Bhd sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung pembelian hartanahnya di Melbourne, Australia.