awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minda harus betul untuk elak ketirisan urus tadbir perkhidmatan awam

Israr Khalid
Israr Khalid
19/08/2016
08:47 MYT
Minda harus betul untuk elak ketirisan urus tadbir perkhidmatan awam
ROZARIO: Pemikiran perlu diinovasi. - Foto www.digitalnewsasia.com
Penetapan minda yang jujur demi kepentingan rakyat dan negara perlu ada dalam setiap pegawai dan kakitangan kerajaan dalam memastikan kecemerlangan dalam pentadbiran awam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario, ia juga mampu membendung sebarang bentuk gejala negatif termasuk salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan.
“Pemikiran perlu diinovasi. Mereka perlu berfikir ‘kenapa aku ada di sini? Aku di sini untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Ini budaya yang perlu dipupuk dalam minda dan diri setiap kakitangan awam untuk memacu prestasi perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui dalam Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di sini hari ini.
Dengan itu katanya, pemikiran akan terarah kepada pembentukan idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat termasuk urusan di pejabat-pejabat kerajaan.
Ketika ini, Mark melihat inovasi perkhidmatan awam yang dijalankan kerajaan telah memanfaatkan rakyat secara seluruhnya.
Mengambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC), pewujudan inisiatif itu mengubah cara lama berurusan dengan kerajaan sekali gus meningkatkan keselesaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.
“Semua agensi kerajaan diletakkan di bawah satu bumbung, dibuka tujuh hari seminggu sehingga pukul 10.
“Kalau dahulu mereka yang bekerja terpaksa mengambil cuti untuk berurusan, kini mereka boleh melakukannya selepas waktu bekerja dan hujung minggu,” ujarnya.
Jelas Mark, inovasi tidak semestinya melakukan sesuatu yang baru dan berbeza tetapi boleh dilakukan dengan menerapkan idea berguna yang sedia wujud dalam sesuatu lapangan kepada lapangan baharu dalam meningkatkan kecekapan produktiviti sesebuah organisasi.
Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) katanya, pelbagai kementerian dan agensi berkaitan dapat bersama berkolaborasi menggunakan kreativiti dan inovasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#CAPAM
#ketirisan
#Mark Rozario
#perkhidmatan awam
#Rasuah
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan