KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) perkenal dua program pendidikan buat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat atau kepada ahli keluarga mereka.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan, beliau komited untuk membangunkan satu ekosistem pendidikan dan kebajikan yang lengkap buat warganya.
"Antaranya, MINDEF melalu Yayasan LTAT dengan kerjasama PTPTN akan memulakan program Penabungan PTPTN kepada pelajar Tahun 1 anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari kumpulan Anggota Lain-lain Pangkat.
"Program yang dikenali sebagai Simpanan Pendidikan Madani (SPM) ini akan melibatkan sumbangan tabungan ke dalam akaun SSPN kepada 9,355 anak-anak ATM Tahun 1 bagi sesi Persekolahan 2024 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM467,750," tambahnya.
Selain itu kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Menurutnya peruntukan yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan ini akan memberi manfaat kepada 29 buah sekolah-sekolah rendah dan menengah termasuk sebuah MRSM di dalam kem-kem Angkatan Tentera di seluruh negara.
"Kedua-dua inisiatif ini kita lakukan kerana kita percaya bahawa kebajikan serta pendidikan berkualiti adalah perkara yang harus menjadi sebahagian daripada fokus utama Kementerian Pertahanan.
"Diharapkan ia dapat membantu kesemua anggota pertahanan negara menjalankan tugas dengan lebih baik, dalam masa yang sama, kita berharap yang inisiatif-inisiatif ini akan turut membantu melonjak ekosistem kebajikan serta pendidikan angkatan tentera," tambahnya lagi.
Khaled berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bersempena Majlis Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Dalam program yang sama, telah menyaksikan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman yang berlangsung antara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertempat di Kelab Belimbing, Maktab Tentera Diraja.
Memorandum kerjasama ini adalah merupakan persefahaman yang dimeterai bagi penganjuran beberapa aktiviti dan program meliputi pembudayaan penabungan di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional untuk anak-anak ATM kemasukan tahun 1 bagi tahun 2024 dan pelancaran kelab simpanan pendidikan PTPTN ke sekolah kebangsaan di bawah seliaan ATM.
Azib Zikry
Sun Mar 10 2024
Menurut Khaled Nordin, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan beliau komited untuk membangunkan satu ekosistem pendidikan dan kebajikan yang lengkap buat warganya. - Foto fail/BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).