KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini bagi memastikan sama ada kapal negara asing itu benar-benar berlabuh di kawasan berkenaan atau hanya sekadar melalui lokasi tersebut.
"Rondaan dilakukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia... Perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan ini adalah perairan bebas laluan.
"Jadi, dia dianggap sebagai menjejaskan kedaulatan kita kalau bot itu berhenti. Kalau bot lalu kita tidak boleh buat apa-apa, itu undang-undang laut antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kehadiran CCG yang menyukarkan nelayan dan pemancing di Miri, Sarawak untuk turun ke laut kerana khuatir diganggu CCG.
Kerajaan sebelum ini menegaskan Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika atau 155 kilometer dari pantai Miri dengan secara spesifiknya di Tanjung Baram, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024
Khaled berkata siasatan bagi memastikan sama ada kapal negara asing itu benar-benar berlabuh di kawasan berkenaan atau hanya sekadar melalui lokasi tersebut. - Gambar fail/Bernama
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly
Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Mohamed Khaled berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.
Mindef tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin - Menteri
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.
Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.