SEREMBAN: Kementerian Pertahanan akan meneliti keperluan untuk menambah anggota atau kelengkapan keselamatan bagi memperketat kawalan di kawasan sempadan sekali gus mengekang sindiket penyeludupan rentas negara.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi Belanjawan 2024, kerajaan turut menyalurkan peruntukan besar bagi memperkasakan kawalan sempadan.
"Kita tengok keadaan macam mana sama ada kita memerlukan kamera litar tertutup (CCTV), penambahan anggota atau buat pagar elektrik (di sempadan). Ini kita kena kerjasama dengan pihak Thailand dan Indonesia.
"Supaya tempat sempadan ada pos kawalan gabungan bersama, kita mesti sama-sama kawal sempadan, ada juga kawasan berjauhan, pos kita dengan pos mereka, ini perlu kita lihat bagaimana cara untuk lihat keberkesanan kawal sempadan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Jualan Agro MADANI di Taman Bandar Senawang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai cadangan kerajaan Thailand untuk membina pagar elektrik dilengkapi CCTV di kawasan bersempadanan Malaysia bagi mengekang penyeludupan.
Mohamad berkata ia merupakan langkah terbaik bagi memastikan jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada Malaysia dapat dikurangkan.
"Contohnya seludup minyak masak, kita ada subsidi jadi ia murah, negara luar mahal dan mereka menyeludup barang tersebut dan pelbagai lagi. Pihak Thailand ada nak sekat barangannya masuk Malaysia, kita juga nak sekat barang diseludup keluar," katanya.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata pihaknya kini dalam proses perolehan untuk mengguna pakai dron serta aset keselamatan lain bagi mengawal sempadan negara dengan lebih efektif.
"Paling penting adalah menaik taraf pos-pos kawalan di kawasan sempadan di sepanjang Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia di Kalimantan dan ini sedang dilakukan secara berperingkat sekali gus mengurangkan kerugian dialami negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Mohamad berkata menerusi Belanjawan 2024, kerajaan turut menyalurkan peruntukan besar bagi memperkasakan kawalan sempadan. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Op Benteng: Penceroboh semakin berani, tidak endah arahan pengusiran
Ketika menghampiri perairan Pulau Jarak kira-kira 2.0 batu nautika, radar berjaya mengesan kira-kira 40 buah bot nelayan asing dipercayai warga Indonesia.
COVID-19: Kerajaan tidak akan terburu-buru buka sempadan negara - Muhyiddin
Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk membuka sempadan negara ketika Pandemik COVID-19, tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.