awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minggu masakan dan budaya Malaysia dilancarkan di Hanoi

Bernama
Bernama
15/09/2024
05:30 MYT
Minggu masakan dan budaya Malaysia dilancarkan di Hanoi
Tan Yang Thai (tengah) bersama delegasi Menteri Besar Incorporated (Perak) yang turut menyertai Festival "Taste of Malaysia" di Hanoi, Vietnam baru-baru ini. -Facebook Perbadanan Menteri Besar Perak
HANOI: Minggu Masakan dan Budaya Malaysia bertemakan "Taste of Malaysia," berlangsung di Hotel Daewoo Hanoi mulai 12 September sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September).
"Taste of Malaysia" menawarkan para tetamu satu perjalanan menarik menerusi masakan dan budaya Malaysia, mempamerkan cita rasa dan tradisi unik negara Asia Tenggara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Berucap pada majlis itu, Duta Besar Malaysia ke Vietnam Datuk Tan Yang Thai menekankan kepentingan masakan Malaysia, dengan menyatakan bahawa ia mencerminkan kepelbagaian budaya di negara itu.
"Ia adalah cara kami berkongsi budaya Malaysia yang pelbagai, dan kami berbangga diberi peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan Vietnam kami hari ini," katanya.
Hidangan istimewa seperti Nasi Lemak dan Teh Tarik disediakan oleh cef terkenal Malaysia, Azlan Juri untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang asli.
Para tetamu yang menghadiri majlis pelancaran juga disajikan persembahan tarian rakyat istimewa oleh kumpulan kebudayaan dari Perak serta pameran seni batik tradisional.
Acara ini menawarkan pengalaman asli kepada para pengunjung mengenai masakan dan warisan budaya negara itu.
"Taste of Malaysia" adalah sebahagian daripada pertukaran budaya antara Vietnam dan Malaysia.
Berkongsi dengan wartawan VNA, Tan Yang menegaskan kepentingan hubungan budaya dua negara dan pertukaran antara rakyat.
"Pertukaran melalui budaya, tarian tradisional serta masakan akan menjadikan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam lebih erat," tegas Duta Besar itu.
Acara "Taste of Malaysia" akan berlangsung sehingga 16 September di Hotel Daewoo Hanoi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Taste of Malaysia
#Minggu Masakan dan Budaya Malaysia
#pertukaran budaya
#Tan Yang Thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan