Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak (Miri) berjaya merampas minuman keras dan rokok seludup bernilai RM 549,192.60 dalam serbuan di sebuah gudang tiada bernombor di kawasan Senadin Kuala Baram, Miri semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan pada jam 8.30 pagi itu dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai.
Kata beliau, pemantauan di kawasan sekitar gudang itu dilakukan selama dua jam sebelum gagal mengesan sebarang pergerakan orang yang disyaki bertindak sebagai penjaga.
"Pasukan penguatkuasa kemudian bertindak memotong kunci pagar gudang menggunakan alat pemotong besi dan apabila masuk menemukan guni berwarna hijau yang berisi minuman keras serta kotak rokok pelbagai jenama yang disyaki tiada cukai kastam," katanya.
Kesemua rokok dan minuman keras itu diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan selanjutnya.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Angelina Sinyang
Fri Sep 20 2019
ACP Shamsol bersama pegawai dan anggota PPM menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Senadin, Miri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Minuman keras, rokok seludup bernilai hampir RM600,000 dirampas di Miri
PPM Mirimerampas minuman keras dan rokok seludup bernilai RM549,192.60 di sebuah gudang tidak bernombor di Senadin, Kuala Baram, Miri.