awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miros cadang laluan khas untuk motosikal

Bernama
Bernama
07/02/2019
06:09 MYT
Miros cadang laluan khas untuk motosikal
Penyediaan laluan khas untuk motosikal mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan tersebut terutamanya yang berenjin kapasiti kecil. -Gambar fail
Penyediaan laluan khas untuk motosikal mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan tersebut terutamanya yang berenjin kapasiti kecil, kata Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Datuk Suret Singh.
Pada masa sama katanya, langkah itu perlu disokong dengan penguatkuasaan yang efektif bagi mengelak penyalahgunaan laluan oleh kenderaan lain.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata disebabkan cadangan laluan khas itu terletak bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, Miros akan berbincang lebih lanjut dengan kementerian tersebut serta Kementerian Pengangkutan.
Suret yang dilantik sebagai Pengerusi Miros baharu pada 5 Feb lepas, sebelum itu melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Mohd Khairul Adib Abd Rahman di kementerian berkenaan.
Katanya Miros juga akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia bagi memperkukuh aspek pengkuatkuasaan di jalan raya.
"Kerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan amat diperlukan dalam memastikan jalan raya di negara ini adalah selamat dan selesa untuk pengguna," katanya.
Mengulas pertemuannya dengan Mohd Khairul Adib, Suret berkata mereka turut membincangkan soal keselamatan memandangkan banyak kematian dicatatkan akibat kemalangan di jalan raya.
Beliau berpendapat dalam soal keselamatan di jalan raya, kaedah penyampaian mesej atau nasihat haruslah jelas dan sesuai kerana usaha kerajaan dalam soal memantapkan keselamatan jalan raya adalah demi kepentingan rakyat.
"Kita mahu menyelamatkan nyawa orang awam jadi seharusnya ia melibatkan sokongan dan peranan semua pihak dalam apa sahaja usaha untuk mewujudkan jalan raya yang selesa dan selamat," katanya.
Topic Berkaitan
#Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya
#kemalangan
#MIROS
#Mohd Khairul Adib Abd Rahman
#Suret Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan