Skip to main content

Teknologi

WhatsApp uji Events Hub untuk mudahkan pengurusan acara

WhatsApp Menguji Ciri “Event Hub” Bagi Memudahkan Pengurusan Acara -- AMANZ
Melalui kemas kini terbaharu itu, pengguna juga boleh mengurus semua acara menerusi halaman khas yang disediakan dalam aplikasi. -Foto Amanz
Advertisement

MENLO PARK: WhatsApp kini menguji ciri baharu yang dikenali sebagai Events Hub bagi memudahkan pengguna mencipta, mengurus dan memantau acara daripada satu lokasi berpusat, lapor Amanz.

Sebelum ini, fungsi penciptaan acara hanya tersedia dalam kumpulan dan komuniti sebelum diperluaskan kepada perbualan individu.

Melalui kemas kini terbaharu itu, pengguna juga boleh mengurus semua acara menerusi halaman khas yang disediakan dalam aplikasi.

Melalui fungsi berkenaan, pengguna boleh menetapkan nama acara, keterangan ringkas, tarikh, masa mula dan tamat, lokasi, selain menambah pautan panggilan WhatsApp serta menetapkan peringatan acara.

WhatsApp menetapkan peringatan secara automatik satu jam sebelum acara bermula, namun tetapan itu boleh diubah mengikut keperluan pengguna.

Bagi memudahkan proses jemputan, hos boleh menjana pautan khas yang membolehkan individu tanpa akaun WhatsApp melihat maklumat asas acara serta mengesahkan kehadiran menggunakan nama dan nombor telefon.

Hos acara turut mempunyai akses untuk melihat senarai tetamu, respons kehadiran dan nombor telefon mereka.

Tetamu yang mengesahkan kehadiran pula boleh melihat nama serta status respons peserta lain, namun nombor telefon hanya dipaparkan kepada individu yang sudah menyimpan kenalan tersebut.

Buat masa ini, Events Hub hanya tersedia kepada sebahagian pengguna beta WhatsApp untuk Android dan dijangka diperluaskan kepada lebih ramai pengguna pada masa hadapan.

Must Watch Video

Advertisement