Dalam usaha menghulurkan bantuan perubatan khususnya kepada warga Nepal di kawasan pergunungan yang terjejas susulan kejadian gempa bumi, sekumpulan rakyat Malaysia terdiri daripada doktor berlepas ke Nepal pada awal pagi Isnin.
Misi bantuan selama 10 hari itu turut membawa bersama 500 kilogram bantuan perubatan.
Disertai 12 orang terdiri daripada doktor, paramedik dan pengamal media, misi berkenaan diketuai pendaki negara, T. Ravichandran.
Tujuan utama misi adalah untuk ke kawasan pergunungan untuk menghulurkan bantuan perubatan.
"Konsep kami seolah-olah nomad. Kami akan bergerak dari kampung ke kampung untuk memberi perkhidmatan perubatan dari kes kecil ke besar. Itu objektif untuk misi kami," kata Ravichandran yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Nepal.
Mengakui bakal berdepan cabaran fizikal dan mental, namun Ravichandran atau lebih dikenali sebagai 'Ravi Everest' akan menggunakan pengalamannya mendaki di pergunungan berkenaan untuk mengetuai misi tersebut.
"Disebabkan ketinggian lebih 2,000 meter, Seperti biasa 2500 meter ke atas kita akan hadapi Acute Mountain Sickness (AMS)."
"Bagi saya tangungjawab saya adalah untuk memastikan semua doktor berada dalam keadaan yang selesa dan tanpa sebarang AMS dan kita dapat jalankan 8 hari tanpa henti, mungkin 10 jam atau 24 jam setiap hari memberi perubatan secukupnya kepada penduduk di kawasan pergunungan," kata Ravi.
Menurut Ketua Penyelaras Perubatan Misi, Dr Megat Muhammed Faisal Ismail, modus operandi misi adalah mewujudkan klinik bergerak di 6 buah perkampungan untuk merawat pelbagai jenis penyakit umum.
"Pada waktu sekarang kita sudah lepas 7 hari tarikh kejadian yang mana pada waktu ini kami lebih menjangkakan penyakit demam, batuk, selesema, jangkitan kuman sistem respiratori dan sistem penghadaman seperti muntah, cirit birit atau penyakit kulit iaitu 'scabies' yang membabitkan kebersihan diri," kata Dr Megat.
Penerbangan misi berkenaan berlepas pada 4 pagi Isnin dari KLIA dan dijangka tiba di Kathmandu pada pukul 6 pagi waktu tempatan.
Misi turut disertai wartawan Astro Awani, Mariah Ahmad.
Tan Su Lin
Mon May 04 2015
Misi bantuan selama 10 hari itu turut membawa bersama 500 kilogram bantuan perubatan.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.