SEPANG: Lima anggota misi "Humanitarian Mission 4 Palestine" (HM4P) berlepas ke Jordan awal pagi ini untuk misi kemanusiaan di Al-Quds dan Gaza.
Misi itu diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
"Misi dua minggu itu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia dan UMNO kepada warga Palestin di Gaza dan Tebing Barat selepas serangan 11 hari oleh rejim Zionis ke atas Gaza bulan lepas," katanya kepada Bernama pada majlis pelepasan ringkas di sini malam tadi.
Abdul Azeez berkata HM4P juga akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berbentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan warga Palestin yang terjejas di Gaza ekoran serangan oleh tentera Israel bulan lepas.
Misi itu, kata beliau, bermula dengan lima orang berlepas ke Jordan pada 2.20 pagi ini dan transit di Abu Dhabi sebelum tiba di Amman pukul 9.30 pagi (19 Jun).
Abdul Azeez berkata misi itu akan diikuti enam anggota pasukan peninjau yang akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam ini.
Beliau berkata pasukan utama dianggotai pakar perubatan dan doktor serta wakil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga dijangka berlepas minggu depan selepas semua kelulusan diperoleh terutama daripada kerajaan Mesir.
Abdul Azeez berkata sekiranya berjaya memasuki wilayah konflik Gaza melalui pintu sempadan Rafah yang dikuasai Mesir, perancangan juga dibuat HM4P untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Palestin bagi mencari ruang dan kerjasama untuk UMNO membantu Palestin dalam konteks kepentingan ummah di masa akan datang.
Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lepas menyaksikan kemusnahan harta benda selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin termasuk 66 kanak-kanak.
Dilaporkan lebih 77,000 warga Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan rejim Israel serta kemusnahan di Masjid Al-Aqsa akibat pertempuran antara pihak berkuasa Israel dengan warga Palestin yang mempertahankan masjid tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 18 2021
Abdul Azeez (tengah) mengetuai lima anggota misi HM4P berlepas ke Jordan awal pagi ini untuk misi kemanusiaan di Al-Quds dan Gaza. --fotoBERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Misi kemanusiaan HM4P dua minggu hulur bantuan kepada warga Palestin
HM4P juga akan menyalurkan bantuan kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan warga Palestin yang terjejas di Gaza.
Abdul Azeez dapat kelulusan ke luar negara ketuai misi kemanusiaan - Imigresen
Abdul Azeez berlepas ke Jordan malam ini bagi misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) al-Quds dan Gaza.