awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi menyelamat dilancar selepas 2 kapal tangki terbakar 55km dari Pedra Branca

Bernama
Bernama
19/07/2024
06:50 MYT
Misi menyelamat dilancar selepas 2 kapal tangki terbakar 55km dari Pedra Branca
Dua kapal tangki terbakar kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca. - Gambar fail
SINGAPURA: Satu misi menyelamat sedang dijalankan susulan kebakaran di atas dua kapal tangki kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca dalam Kawasan Pencarian dan Penyelamatan Maritim Singapura.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan, berkata mereka telah dimaklumkan mengenai insiden melibatkan kapal tangki yang didaftarkan di Singapura, Hafnia Nile dan kapal tangki yang didaftarkan di Sao Tome dan Principe, Ceres 1, pada kira-kira 6.15 pagi Jumaat.
Sebuah kapal Tentera Laut Republik Singapura, RSS Supreme, yang berada berhampiran lokasi kejadian, sedang memberikan bantuan.
MHA berkata sebuah helikopter Tentera Udara Republik Singapura juga telah dihantar dan membantu dalam pemindahan anak kapal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pedra Branca
#kapal tangki terbakar
#operasi sar
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan