awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketibaan pelawat Turkiye ke Malaysia meningkat 31.8 peratus tahun lalu
Pejalan kaki maut dirempuh motosikal
Feyenoord sambar khidmat pemain berdarah Belanda-Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI aktif galak pelaburan industri REE, pastikan nilai tambah berlaku dalam Malaysia

Bernama
Bernama
08/12/2025
21:45 MYT
MITI aktif galak pelaburan industri REE, pastikan nilai tambah berlaku dalam Malaysia
MITI menjelaskan kalangan syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran di peringkat pertengahan dan hiliran REE layak dipertimbangkan insentif mengikut Akta Penggalakan Pelaburan 1986. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) giat menggalakkan pelaburan dalam industri unsur nadir bumi (REE) bagi segmen pertengahan dan hiliran bagi memastikan nilai tambah berlaku di bumi Malaysia.
MITI menjelaskan kalangan syarikat yang menjalankan aktiviti pengeluaran di peringkat pertengahan dan hiliran REE layak dipertimbangkan insentif mengikut Akta Penggalakan Pelaburan 1986 iaitu galakan taraf perintis dan elaun cukai pelaburan.
"Syarikat yang menjalankan aktiviti berteknologi tinggi serta syarikat berstatus industri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh dipertimbangkan insentif khas mengikut akta yang sama.
"Insentif-insentif ini bertujuan menggalakkan pembangunan aktiviti bernilai tambah tinggi bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pemprosesan REE di dunia dan rantau ini," menurutnya dalam jawapan bertulis Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin.
MITI memaklumkan sedemikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar mengenai usaha kementerian untuk menarik pelaburan strategik bagi membangunkan industri pemprosesan REE, khususnya di Perak.
Shamsuddin juga bertanyakan langkah bagi memastikan nilai tambah REE dapat dikekalkan di dalam negara dan tidak hanya dieksport sebagai bahan mentah.
MITI menjelaskan Malaysia juga giat meneroka peluang kerjasama dengan negara berkepentingan yang memiliki teknologi huluan hingga hiliran terkini REE.
"Kerjasama kerajaan dengan syarikat sedia ada telah mewujudkan peluang pekerjaan berkepakaran tinggi kepada warga tempatan dan seterusnya menjanjikan pendapatan lebih tinggi.
"Perkongsian teknologi seumpama ini, pembangunan vendor tempatan adalah antara syarat yang ditekankan oleh MITI dalam menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan kepakaran asing luar negara," tambah kementerian itu.
Menurut MITI matlamat kerajaan adalah untuk melonjakkan Malaysia daripada negara pengeluar bahan mentah semata-mata kepada pemain utama dalam pengeluaran produk hiliran seperti super-magnet buatan Malaysia.
"MITI berpandangan pembangunan industri REE tempatan adalah penting dan selari dengan pelaksanaan dasar nasional terutama Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Bahan Termaju Negara (NAMTR) 2021-2030.
"Industri hiliran mineral tempatan yang berdaya maju dan holistik akan menyokong pelaksanaan pelan tindakan berlandaskan NIMP 2030 terutama bagi mencapai Misi Pertama: Memajukan Kompleksiti Ekonomi dan Misi Ketiga: "Push for Net Zero"," tambah MITI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#unsur nadir bumi
#REE
#MITI
#insentif
#Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan