MITI harap pengganti akan teruskan legasi kepimpinan Tengku Zafrul - Liew Chin Tong

Liew berkata Tengku Zafrul telah menetapkan penanda aras yang tinggi dan MITI berharap Menteri yang dilantik seterusnya akan terus meningkatkan industri Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berharap sesiapa juga yang akan menggantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selepas tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada 2 Disember 2025, akan meneruskan usaha cemerlang kepimpinannya.
Ringkasan AI
- MITI berharap pengganti Tengku Zafrul akan meneruskan kepimpinan cemerlang beliau yang telah menetapkan penanda aras tinggi dalam memajukan industri Malaysia.
- Timbalan Menteri Liew Chin Tong menekankan perlunya Menteri seterusnya memperkukuh hubungan perdagangan negara dan memperbaiki ekosistem pelaburan.
- Tengku Zafrul akan menamatkan perkhidmatannya pada 2 Disember 2025 selepas dua penggal sebagai senator, dan MITI mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tengku Zafrul bagi pihak MITI dan juga rakyat Malaysia atas kepimpinannya," katanya kepada media selepas merasmikan MITI Asean Day 2025, di sini, hari ini.
Hari terakhir Tengku Zafrul bersama kementerian itu serentak dengan berakhirnya perkhidmatan beliau di Dewan Negara.
Tengku Zafrul, yang telah berkhidmat sebagai senator selama dua penggal sejak 2020, akan menamatkan tempoh perkhidmatannya selama enam tahun di Dewan Negara pada 2 Disember depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


