KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) pada Isnin memeterai surat sampingan untuk menambah baik peruntukan dalam Perjanjian bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Negara Ketiga Malaysia-Singapura (MSBDF).
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menandatangani surat tersebut bersama-sama dengan rakan sejawatnya Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura Gan Kim Yong dan disaksikan oleh Perdana Menteri kedua-dua negara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lee Hsien Loong.
MSBDF dimeterai pada 2004 untuk mengeratkan kerjasama antara sektor swasta Malaysia dan Singapura dengan meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di negara ketiga.
"Setelah hampir 20 tahun pemeteraian perjanjian tersebut, semasa sesi Dialog Peringkat Menteri Tahunan Pertama (1st AMD) yang diadakan antara MITI dan MTI Singapura pada 14 Jun, 2023 di Kuala Lumpur, saya bersama Gan Kim Yong bersetuju memperluaskan skop pembiayaan dana tabung tersebut untuk merangkumi projek yang dilaksanakan di Malaysia dan Singapura.
"Penambahbaikan ini akan meningkatkan potensi kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara terutamanya dalam menggalakkan perdagangan rentas sempadan.
"Selain itu, ia juga akan menggalakkan sektor swasta dari kedua-dua negara meneroka peluang pasaran yang lebih luas dalam industri berkaitan ekonomi digital dan ekonomi hijau," kata Tengku Zafrul dalam satu kenyataan semalam.
Sementara itu satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Enterprise Singapore (ESG) mengenai pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dan Singapura.
SME Corp dalam satu kenyataan berkata kerjasama itu akan merangkumi pertukaran dasar, kepakaran dan maklumat, semuanya menjurus ke arah meningkatkan daya saing PKS mikro di Singapura dan juga Malaysia pada skala global.
"Selain itu, ia akan menggalakkan pembangunan keusahawanan dan pertukaran perniagaan timbal balik antara kedua-dua negara, menyokong asas manfaat bersama dan timbal balik," katanya.
Sementara itu, kedua-dua pemimpin negara itu dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin berkata penambahbaikan MSBDF akan menyediakan sokongan pembiayaan kepada perusahaan Singapura dan Malaysia untuk bersama-sama mengejar peluang di negara ketiga dan menjalankan perintis bersama di negara masing-masing, terutamanya dalam bidang baru muncul seperti ekonomi hijau dan ekonomi digital.
"Para pemimpin (juga) mengambil maklum tentang MoU Kerjasama Pembangunan PKS Malaysia dan PKS yang ditandatangani antara Enterprise Singapore dan SME Corporation Malaysia.
"Para pemimpin juga amat mengalu-alukan kemajuan yang dicapai dalam MoU mengenai Perlindungan Data Peribadi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital yang ditandatangani pada Januari 2023.
"Instrumen ini menunjukkan keyakinan kedua-dua negara terhadap ekonomi masing-masing dan komitmen untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dua hala," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Tengku Zafrul bertukar dokumen dengan Gan selepas Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura di Istana, sambil disaksikan oleh Anwar dan Lee, di Singapura, 30 Okt 2023. - Foto Facebook Tengku Zafrul
Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS dibaik pulih menjelang bulan depan
Kerosakan atau kecacatan pada Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor yang dilaporkan sebelum ini akan dibaik pulih menjelang bulan depan.
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Rancangan meletakkan Gaza dibawah pentadbiran kuasa asing menggadai perjuangan kemerdekaan Palestin - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata Israel dan Amerika Syarikat ada perancangan untuk meletakkan Gaza dibawah pentadbiran badan antarabangsa pasca perang. Jelasnya, perancangan ini adalah berbahaya dan akan menggadaikan perjuangan kemerdekaan Palestin yang diusahakan selama ini.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Thailand, Kemboja jalin usaha sama strategik
Thailand dan Kemboja bersedia untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada "Perkongsian Strategik" yang akan membuka banyak peluang baharu kerjasama lebih erat.
MITI meterai surat sampingan tambah baik peruntukan MSBDF - Tengku Zafrul
MITI pada Isnin memeterai surat sampingan untuk menambah baik peruntukan dalam Perjanjian bagi MSBDF.
Zambry akan lawat UK dari 25 hingga 26 September
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 25 hingga 26 September.
Kerjasama ekonomi antara ASEAN dan rakan dialog semakin positif - Anwar
Selain isu serantau dan antarabangsa, persidangan turut beri penekanan kepada kerjasama ekonomi di pelbagai sektor.
Anwar cadang tingkat hubungan ekonomi dengan AS menerusi tumpuan kepada perdagangan, pelaburan
Anwar menegaskan, antara lain, pentingnya menyokong pelaburan langsung asing dan mengembangkan PMKS ke peringkat antarabangsa.
AS sokong ASEAN tamatkan 'keganasan mengerikan' di Myanmar - Kamala Harris
Amerika Syarikat berjanji menyokong ASEAN dalam menyelesaikan krisis di Myanmar, di saat junta tentera bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan sejak rampasan kuasa 2021.
ASEAN, negara rakan dialog tingkat kerjasama wujudkan rantau stabil dan makmur
Kesemua agenda perbincangan menjurus kepada perkara yang sama seiring usaha kita mengukuhkan hubungan dengan negara-negara berkenaan.
Misi Rahmah ekonomi sempadan Malaysia-Brunei tingkatkan kerjasama perdagangan
Misi Rahmah Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei mampu meningkatkan keterjaminan bekalan barangan keperluan serta kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara.
Malaysia, Filipina teroka bidang kerjasama baharu
Malaysia dan Filipina berminat untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor industri halal dan sekuriti makanan.