MANILA: Malaysia dan Filipina berminat untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor industri halal, sekuriti makanan dan ekonomi digital bagi meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin turut bersepakat untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan.
"Kami (Malaysia dan Filipina) turut mengadakan perbincangan mengenai kerjasama bidang baharu dan penting seperti industri halal, sekuriti makanan, yang memainkan peranan penting dalam ekonomi dua hala.
"Selain itu ekonomi digital juga antara bidang utama yang dibincangkan. Presiden (Filipina) dan saya bersetuju bahawa kedua-dua negara perlu meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr pada lawatan sulungnya ke Filipina pada Rabu.
Menurut Anwar, kedua-dua negara itu juga sepakat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama budaya, pelancongan, pendidikan dan sukan yang sedia terjalin.
Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaan untuk meneroka kerjasama baharu dalam bidang berkenaan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Malaysia dan Filipina akan menjadi tuan rumah mesyuarat Suruhanjaya Bersama ke-8, pada tahun ini.
Beliau memberitahu, mesyuarat itu akan diketuai Menteri Luar dari kedua-dua negara.
"Kami bersetuju untuk mengadakan mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang akan diketuai Menteri Luar dari kedua-dua negara, pada satu tarikh yang akan dipersetujui bersama.
"Kali ini, kami (Malaysia dan Filipina) akan menjadi tuan rumah mesyuarat ini dan saya telah meminta rakan-rakan di Kementerian Luar untuk mengkoordinasi dan mempercepat proses ini," tambahnya.
Astro Awani
Wed Mar 01 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin turut bersepakat untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan. - Bernama

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Sam Rainsy telah tinggalkan Malaysia - Wisma Putra
Bekas Ketua Pembangkang Kemboja Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pagi ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Thailand hantar bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas akibat siklon di Myanmar
Thailand menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar untuk disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat Siklon Mocha.

Tiada rancangan untuk tarik sekatan ke atas China - Joe Biden
Joe Biden berkata, beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping.

Putera Mahkota Abu Dhabi adakan lawatan khas ke Malaysia mulai esok
Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan akan membuat lawatan khas ke Malaysia mulai esok (Ahad) hingga 24 Mei.

Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid Al-Aqsa
Pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan.

Siklon Mocha: ASEAN hantar bantuan kemanusiaan ke Myanmar esok
Bantuan pertama tindak balas kecemasan ASEAN ke Myanmar susulan Siklon Mocha akan dihantar esok menggunakan pesawat komersial, menurut Kementerian Luar Indonesia.

Isu Myanmar, jenayah rentas sempadan dan 'job scam' hangat dibincang di mesyuarat ASEAN
Isu Myanmar, jenayah rentas sempadan dan 'job scam' jadi topik perbincangan hangat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023.

Selepas dutanya diusir dari Kanada, China ambil langkah serupa
Jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa mengisytiharkan diplomat Konsulat Jeneral Kanada di Shanghai sebagai persona non grata, lapor Xinhua.