KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mempunyai masa sehingga akhir Mei untuk menyediakan Pelan Induk Strategik Semikonduktor yang komprehensif bagi memastikan Malaysia kekal relevan dalam industri semikonduktor di samping memajukan rantaian bekalan global.
Menteri berkenaan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar satu pelan peringkat tertinggi industri semikonduktor diwujudkan, yang disifatkan sebagai industri kritikal serta strategik bagi ekonomi negara.
"Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) meminta supaya MITI bekerjasama rapat dengan kementerian lain, terutamanya Kementerian Kewangan, bagi memajukan satu pelan yang komprehensif, yang akan membolehkan Malaysia memainkan peranan penting dalam ruang ekonomi global.
"Ia (pelan strategik) merangkumi setiap aspek ekosistem industri, termasuk infrastruktur, tenaga bakat dan insentif," katanya pada sesi soal jawab selepas taklimat kad laporan suku pertama MITI di sini hari ini.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata bahawa ekonomi penting, seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, telah memperkenalkan perundangan dan strategi mereka untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor semikonduktor; oleh itu, Malaysia harus mengikuti langkah dengan membangunkan satu pelan yang konkrit dan strategik untuk menggiatkan lagi industri semikonduktor dan kalangan pemainnya.
"Walaupun mempunyai tempoh masa agak singkat, kami akan mendapatkan input daripada semua pihak berkepentingan untuk penyediaan pelan itu. Kami berbincang dengan pihak berkepentingan industri untuk memberi taklimat kepada pasukan petugas tentang perspektif mereka terhadap sektor ini dan perkara yang mereka percaya relevan untuk dimasukkan ke dalam pelan itu.
"Penyediaan pelan ini semestinya akan melibatkan semua pihak. Kami mengadakan perbincangan mengenainya setiap hari, dan berharap ia menghasilkan strategi yang akan menjadikan Malaysia berdaya saing tinggi dalam bidang ini," kata Tengku Zafrul.
Malaysia merupakan pemain terkemuka dalam rantaian nilai semikonduktor global sejak 50 tahun lepas, menyumbang kira-kira 13 peratus daripada pembuatan litar bersepadu cip global dan 23 peratus daripada perdagangan semikonduktor AS pada 2022.
Anwar sebelum ini mengumumkan rancangan untuk membina taman perindustrian reka bentuk litar bersepadu (IC) terbesar di Asia Tenggara, yang akan menempatkan penyewa utama bertaraf dunia dan bekerjasama dengan syarikat global seperti pembuat cip British Arm Holdings.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Tengku Zafrul berkata, Malaysia harus mengikuti langkah dengan membangunkan satu pelan yang konkrit dan strategik untuk menggiatkan lagi industri semikonduktor dan kalangan pemainnya. - Gambar fail
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.