awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/05/2024
10:31 MYT
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
PUTRAJAYA: Semua syarikat telekomunikasi (telco) diharap dapat melengkapkan proses perjanjian pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) bagi merancakkan lagi proses penerima gunaan rangkaian 5G dalam sektor dan industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat pertama lembaga pengarah DNB bersama wakil syarikat telekomunikasi telah diadakan pada Isnin, dan mereka diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
"Salah satu syarat yang dikenakan kepada telco yang mahu terlibat dalam rangkaian kedua ialah mereka wajib melengkapkan share subscription agreement (SSA) iaitu pegangan ekuiti dalam DNB.
"Dalam tempoh masa tidak terlalu lama dari sekarang, MCMC akan umumkan proses tender yang akan membolehkan syarikat yang ingin terlibat memasukkan bidaan masing-masing bagi rangkaian kedua.
"Tetapi prasyarat yang ditetapkan ialah hanya syarikat yang melengkapkan SSA boleh masukkan tender," katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, pada Selasa.
Selain itu, menurut Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menandatangani satu perjanjian persefahaman dalam tempoh dua minggu lagi bagi membantu tujuan tersebut.
Mei tahun lalu, kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan serta menukar model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian.
Tambahnya, setakat 30 April 2024, capaian 5G bagi kawasan berpenduduk mencecah 81.5 peratus, dengan penerima gunaan mencapai 39.2 peratus.
Daripada jumlah itu, akaun individu mencecah angka 12.7 juta, manakala akaun perusahaan berjumlah 422,609.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#MCMC
#rangkaian 5G
#Digital Nasional Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan