awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2024
10:45 MYT
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Mohd Hasif yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di HSI. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, Mohd Hasif, 38, juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Buat masa ini, beliau masih dirawat di HSI dan keadaannya stabil," katanya pada Selasa.
Untuk rekod, Mohd Hasif merupakan salah seorang daripada tiga mangsa dalam insiden serangan berkenaan yang dilakukan seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.
Serangan yang dilaporkan berlaku pada jam 2.45 pagi itu, turut mengakibatkan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban.
Bagaimanapun, Mohd Hasif yang turut mengalami kecederaan pada bahu ketika berbalas tembakan dengan suspek, berjaya menembak mati suspek di lokasi kejadian.
Jenazah Allahyarham, Ahmad Azza telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak dan jenazah Allahyarham, Muhamad Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, Pahang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan Balai Polis Ulu Tiram
#anggota polis cedera
#status siasatan
#rawatan anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan