KUALA LUMPUR: Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) memperuntukkan RM10.8 juta untuk 167 buah tadika seluruh negara bagi Program Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, Datuk R. Ramanan berkata, pemberian subsidi bernilai RM200 sebulan itu untuk tahun ini merangkumi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 4,441 kanak-kanak daripada golongan B40.
Katanya, program tersebut adalah satu daripada 12 inisiatif khas dirancang MITRA sepanjang tahun ini.
"MITRA juga telah melakukan proses saringan berdasarkan panduan tertentu bagi memastikan kanak-kanak B40 mendapat bantuan subsidi ini. Senarai penerima bantuan geran tadika ini akan dipaparkan di laman rasmi MITRA," katanya menerusi Facebook rasmi MITRA, pada Jumaat.
Beliau berkata, MITRA akan memastikan proses penyaluran dilakukan dengan terurus dan terancang serta tindakan pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut memaklumkan, beliau telah mengadakan lawatan ke Tadika Cinta Ilmu Bakti di Damansara Damai, dekat sini pagi tadi untuk meninjau pelaksanaan program tersebut selain meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak di situ.
"Hati saya cukup tersentuh mendengar luahan kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Mereka adalah generasi masa depan negara kita.
" Yang penting kita mesti bantu kumpulan yang memerlukan bantuan. Inilah misi dan matlamat MITRA iaitu proses pemerkasaan bermula dari aspek pendidikan.
"Justeru, kami di MITRA memberikan lebih banyak tumpuan untuk sektor pendidikan bermula dari prasekolah, bantuan komputer riba untuk sekolah Tamil seluruh negara dan subsidi bantuan pengajian ijazah sarjana muda bagi pelajar B40 di universiti awam dan swasta," katanya.
Melalui program subsidi itu, Tadika Cinta Ilmu Bakti menerima jumlah geran sebanyak RM72,000 untuk tempoh setahun melibatkan 30 kanak-kanak. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
Ramanan berkata, pemberian subsidi bernilai RM200 sebulan itu untuk tahun ini merangkumi yuran tadika dan sarapan pagi untuk 4,441 kanak-kanak daripada golongan B40. - Gambar fail/Bernama
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.