Majlis Keselamatan Negara (MKN) menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk membantu operasi gempa bumi di Sabah.
Timbalan Setiausaha MKN Ogu Salim Omar berkata pasukan itu, yang diketuai Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah tengah hari Jumaat.
"Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini," katanya kepada pemberita di sini,Jumaat.
BACA:
Gempa 6.0 magnitud landa Ranau, Sabah
'Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil' - warga Sabah
Gempa Sabah: JBPM Sabah gerak operasi menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu
Beliau sebelum ini menyampaikan bantuan bencana gempa bumi dari rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Nepal kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Nepal di Malaysia Uttam Kumar Shahi, di Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong dekat sini.
Beliau berkata bantuan dari segi perubatan akan dihantar ke Sabah bergantung kepada keperluan.
Menyentuh mengenai gempa bumi itu, Ogu Salim berkata MKN menerima maklumat mengenainya 15 minit selepas kejadian tersebut pada jam 7.30 pagi.
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah dengan pusat gempa terletak 16km di barat laut Ranau.
Gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
LIHAT:ALBUM GEMPA BUMI RANAU
Bernama
Fri Jun 05 2015

OGU: Anggota terbabit termasuk paramedik, kejuruteraan dan penyelamat. Setakat ini tiada mangsa yang terbunuh atau tercedera dilaporkan, dan kami masih lagi menunggu perkembangan terkini. - Gambar fail
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.
4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Empat pendatang asing maut selepas terjatuh dari sebuah bot laju haram di sebuah pantai di Cadiz di selatan Sepanyol. Bagaimanapun saksi berkata dia melihat bagaimana pendatang mula terjun ke dalam air dan dipaksa untuk melompat oleh pihak berkuasa.
Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menegaskan bahaya bencana kemanusiaan di Gaza. Rundingan intensif untuk lanjutkan gencatan senjata disifatkan kritikal ketika ini.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengulangi pendirian Israel untuk terus berperang dengan Hamas, menolak kemungkinan gencatan senjata, meskipun rundingan sedang berlangsung.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
China mahu gencatan senjata berpanjangan di Gaza
Menteri Luar China, Wang Yi, menegaskan pendirian China untuk gencatan senjata berpanjangan di Gaza dan memastikan konflik Palestin-Israel diselesaikan melalui penyelesaian dua negara.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
AS harap gencatan senjata dilanjutkan
Wakil Tetap Amerika ke PBB, Linda Thomas Greenfield, menyuarakan harapan untuk lanjutan gencatan senjata di Gaza, menegaskan peranan Hamas dalam keputusan tersebut.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

Ekspedisi ke Gunung Kinabalu dilarang sehingga disahkan selamat - Menteri Singapura
Larangan itu hanyalah sehingga keselamatan di Gunung Kinabalu disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Heng Swee Keat.

Pemeriksaan percuma, diskaun untuk kereta Perodua rosak akibat gempa
Perodua akan bayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 selain menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tulen.

AirAsia bantu angkut barang bantuan mangsa gempa ke Kota Kinabalu
Kumpulan pertama barangan itu mengandungi 350 helai jaket dijadual berlepas dari KLIA2 jam 9.29 malam ini.